Makan ketika Waktu Imsak

Kurma: Manisan membuka selera ketika berbuka puasa.

Hari ini sudah seminggu kita berpuasa, namun sebagai manusia yang lemah. Afham masih lagi gagal untuk mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Hari ini Afham bangun sahur seperti hari-hari yang lain. Namun ketika 5.40 pagi terdapat pencanggahan tentang makan ketika waktu imsak. Ada hamba ALLAH yang menegurku untuk berhenti makan dan minum. Afham tertanya-tanya pakah mereka tidak mempelajari ilmu ini. Disebabkan kekurangan ilmu, Afham tidak mampu untuk meletakkan hukum ketika pertengkaran tersebut dan hanya berdiam diri.

Selepas solat Subuh, Afham mula mengkaji Apakah maksud sebenar waktu imsak? Sahkah puasa seseorang itu sekiranya dia makan dan minum selepas waktu imsak dan berhenti sebelum azan subuh?.

Jawapan: Waktui imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh). Sah puasa bagi orang makan dan minum dalam waktu imsak.

Sumber Rujukan :
1. Islam dot Gov
2. Era Muslim

Ulasan

butterfly85 berkata…
erm,saya pn penah gak makan dalam waktu imsak.. sbb setahu saya boleh je. jangan makan bila dah azan sudah la. kang batal puasa.. :)
alamk tgk kurma ni lupe lak nak beli kat bazar td.. huhuuhuh
Afham berkata…
>butterfly85: moga2 artikel memberi sesuatu keyakinan kepada anda..

>fadzli: g beli bro..sementara stok masih ada.. hehe..
chot berkata…
sebenarnya kat m'sia ni je ada waktu imsak..kat arab mana ada beb. di m'sia kena ada waktu imsak supaya org kita ni beringat..itu je..
MS Rizal berkata…
Dalilnya;

An Ai'syah; anna bilalan kana yu'azzinu billail.
Faqala Rasullullah su ma kulu wasrabu hatta yuazzinabnu ummi maktum.
Fainnahu la yuazzinu hatta yathlua'l fajr.
Qalal Qasim; walam yakunm baina aza ni ma illa annyar qo za wayan zila za.

Ko terjemahkanlah sendiri afham....
azwan berkata…
aku pun faham macam kau :)
sejak kerja jauh ni, selalu nya, aku bangun dah subuh, tak sempat sahur.
zool berkata…
Wah cun blog baru ni bro..
Tak nampak cam blogspot plak...
Kurma memang antara kemestian cuma aku jarang2 makan...
Afham berkata…
>msrizal: erk..susah gak nk translate..lme tinggal..boleh anta terang sedikit..

>azwan: Hehe..sahur sunat bro..rugi kalo tidak dilaksanakan..Tenaga seluruh hari tue.. ;P

>zool: Tq cz support me..:D Makanan tradisi..Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW..
Afzai Afandi berkata…
Apa yg aku dengar ustaz bagitahu..waktu imsak tu masih ok untuk kita makan...tapi jangan pulak waktu tu ko pekena dunhill 2/3 batang pulak :)
Kapt Ir Dr Zul berkata…
Menetapkan waktu imsak adalah bid'ah

Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. (al-Baqarah 2:187)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”(17)

Dalam ayat dan hadis di atas, jelas bahawa dibolehkan untuk bersahur, yakni makan dan minum, sehingga jelas terbitnya fajar atau dilaungkan azan Subuh. Tidak wujud waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.
Afham berkata…
Zul: Terima Kasih atas maklumat yang panjang lebar untuk dikongsi bersama.. :)
nuyui berkata…
iye..betul tu..sahur tu cume bida'ah hasanah dalam mykt kita jer...cume sbg peringatan takut ade yg luper...tp bole je mkn...sape la yg pandai2 tu yer...erm...suh dia blaja lg yer...

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting