Hari ini saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda. 1. Sentiasa senyum Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah, disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka. 2. Banyak memberi Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi. 3. Berikan pujian Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika