Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Mengapa perlu menyimpan emas?

Imej
Kata - kata ustaz ini: - Jangan simpan wang. Ini kerana semakain lama nilai wang akan jatuh. Itulah saranan beliau. - Apabila ramai menyimpan emas ia mampu meruntuhkan sistem kewangan antarabangsa. Oleh yang demikian, akan berlaku inflasi dan tiada nilai pada wang. Ustaz ini juga menyarankan untuk kita semua supaya kembali kepada sunnah Rasulullah. Adakah kita ingin melihat wang yang kita simpan selama ini tiada nilai pada masa akan datang?. Saya juga ada yang bertanya kepada mereka yang mahir mengenai pelaburan emas ini. Pelaburan emas fizikal amat digalakan oleh mereka-mereka mungkin atas-atas faktor seperti yang diterangkan oleh ustaz ini.

Angin Pasang

Hari ini saya ingin mempelajari apa yang dimaksudkan dengan angin pasang. Pencarian ini timbul setelah  mendegar masalah kesihatanyang dihadapi oleh rakan saya. Alhamdulillah beliau telah selesai menghadapi pembedahan. Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala. Mengikut Harian Metro Istilah angin pasang dikaitkan dengan benjolan mengandungi gumpalan usus yang kelihatan kembang kuncup dan membuatkan seolah-olah benjolan itu membesar dan kemudian surut. Ini berlaku akibat perjalanan angin dalam usus yang membuatkan usus bergerak dan mengembang. Benjolan ini juga dikenali sebagai ‘hernia’, iaitu benjolan akibat kemasukan usus di mana tempat biasanya berada di dalam perut, kini terkeluar melalui pembukaan yang tidak normal dan masuk ke dalam satu ruang dan menjadi benjolan. Lagi banyak usus itu masuk ke dalam ruang yang menjadi benjolan, lagi besar ia kelihatan. Mungkin tanda awal angin pasang itu berlaku ialah kemunculan benjolan yang tengg

Rahsia 1618

Terpaksa

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa,  Solatlah walaupun keadaan terpaksa..✿  Puasalah walau keadaan terpaksa, Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa..✿  Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~✿  Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang..✿  Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH ~✿  Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..^_~