Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Afham bersama Penyokong Arsenal di Tawau Sabah

Imej
Arsenal vs Wolv 27 Dis 2011 - Restoren Nurul

Zina adalah biasa

Imej
Kepelikan sedikit melanda walaupun aku masih bujang. Walaupun sudah mengetahui bahawa kegiatan zina itu haram di sisi Islam. Namun sikap manusia yang ego terus melakukan zina dan  menyangkakan perkara zina adalah bagi membantu wanita yang keadaan kegersangan. Pelik tetapi saya telah berhadapan rakan-rakan yang melakukan sedemikian. Nasihat pun tidak berguna lagi kerana nafsu mereka membuak-buak seperti anjing kelaparan tulang. Yang buruk lagi berlaku kepada mereka yang sudah berkahwin. Yang halal ada kan? Kenapa anda perlu mencari pasangan yang tidak sah untuk melakukan hubungan sulit ini. Membisu ketika. Coretan ini sekadar luahan kepelikan supaya anda mengasihani isteri anda, anak anda dan wanita-wanita. Yang wanita ni pun satu. Yang diikut kenapa! Masing-masing mahukan hubungan haram ini bukan. That's why gejala ini terjadi. Tidak akan  terjadi perkara ini sekiranya bertepuk sebelah tangan. Marilah kita bersama-sama menjauhi gejala ini. InsyaALLAH.  Ini telah ditegaskan oleh

Tawau, Sabah

Imej
I am here now. That's the latest news about me. Thanks for following my blog.

Terjemahan Bacaan Solat

Takbiratul-Ihram / Takbir Allah Maha Besar. Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang

The power of God

This is one the power of God. Let's we try. Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11,11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah.

Syukur

Salam buat semua pembaca blog Afham Rahman. Syukur Alhamdulillah. Sedar tidak sedar esok kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Tinggal lagi separuh untuk kita meneruskan perjuangan. Perjuangan ini jauh berbeza dengan zaman nabi Muhammad yang sanggup berkorban dan berperang ketika berpuasa. Adakah iman kita sehebat para sahabat dan Nabi Muhammad? MasyaALLAH. Hebat! Entri ini membuatku terfikir betapa indah nya hidup ini. Betapa besar nikmat Allah S.W.T kepada diriku. Nikmat yang paling besar yang tidak dapat ku gambarkan adalah kebesaranNya ialah nikmat Iman dan Islam. Tetapi sedih melihat masyarakat kita yang masih alpa dan sanggup bermegah melakukan maksiat. Sebentar tadi, saya ada berborak dengan hamba Allah. A: Bro, puasa tak? B: Hehe.. (Dengan nada diam sambil memegang bungkusan sandwich dan sekotak air). Rupa-rupanya dia tidak berpuasa. A: Aiya, penat ke? B: Aku musaffir. A: Bukan jauh perjalanan naik flight. Sejam kot. B: Hanya mendiamkan diri. Begitulah keadaa

Harga Emas Terkini - 10 Ogos 2011

Imej
Salam hormat buat semua pembaca blog Afham Rahman. Beberapa jam yang lepas sebelum saya menulis entri ini, saya telah menerima khabar yang baik buat semua pelabur emas tidak kira emas jongkong, emas dinar, pemilik-pemilik emas persendirian menerusi twitter @afham yang mengatakan harga pasaran emas naik sehingga 600%. Oh ya. Sesiapa yang belum lagi menambah rakan twitter saya dialu-alukan meng'add' @afham . Seakan tidak percaya mengenai hal yang dinyatakan. Saya cuba memeriksa kembali mengenai harga Maybank Gold Investment Account yang terkini. Jadi, ternyata ia cukup menakjubkan. Harga Beli: 166.45/ gram. Harga Jual: 174.55/ gram. Oleh yang demikian memandangkan pelaburan emas ini merupakan pelaburan jangka masa panjang. Saya menegaskan bahawa saya tidak akan menjualnya ini pada ketika ini kerana saya percaya pastinya harga ini akan terus meningkat. Sekiranya harganya turun sekali pun, ia akan turun dengan nilai yang rendah dan tidak secara mendadak. Ada juga yang t

Warning for Facebooker

Imej
I like to share new info that I got from my Arsenal fan's member. He warns me about: WARNING!!! PHONE NUMBERS OF ALL YOUR FRIENDS are now on Facebook! No joke - go to the top right of the screen, click on Account, then click on Edit Friends, go left on the screen and click on Contacts. All phone numbers are published. Please re post this on your Status, so your friends can remove their numbers and thus PREVENT ABUSE. Please try it.

Maaf sesama manusia

Imej
Syukur Alhamdulillah pada hari ini masuk 9 Ramadhan kita berpuasa, terasa cepat sungguh masa berlalu. Pada kali ini mungkin entri saya berbeza dengan entri-entri sebelum ini yang berkisar duniawi bisnes semata-mata. Entri ini berkait di dalam kita menjaga keaiban sesama manusia. Mungkin sukar pada mulanya untuk menafsir isi hati seseorang individu. Adakah cukup 1 hari, 1 bulan, 1 tahun untuk kita mengenali budi pekerti seseorang. Terpulanglah individu itu sendiri. Tiada tips yang lebih baik melainkan berbuat baik sesama manusia. Niat pada mulanya ingin bergurau dengan sekelip mata boleh menjadi perkara besar sehinggakan menjadi pergaduhan mulut, SMS dan lebih teruk lagi melibatkan kecederaan dan juga pembunuhan. Hal ini perlu dielakkan di dalam kita menjaga silaturrahim sesama manusia. Oleh yang demikian, walaupun kita bertindak betul sekali pun, untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan. Alangkah elok kiranya salah seorang berundur terlebih dahulu ataupun menyerah kalah b

Pelaburan Ikan Kelisa Arowana

Imej
Salam hormat buat semua pembaca, Hari ini, saya ingin berkongsi cerita kepada anda semua mengenai bisnes pelaburan Ikan Arowana yang baru sahaja saya ketahui semalam melalui perbincangan dengan rakan sekerja. Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal. Ikan Arowana ini dikatakan mempunyai pelbagai jenis yang mahal adalah jenis Gold. Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Mengikut makluman dari kawan saya ini, perolehan hasil ikan melalui cara eksport ikan ini ke luar negara. Apa yang menarik daripadanya kontrak akan dilakukan sebelum pelaburan. Ada juga syarikat yang membayar melalui cara bulanan. Di sini saya ada terjumpa satu blog yang menerangkan mengenai pelaburan ini. ( Klik Sini ). Apa yang pasti pelaburan ini memerlukan modal yang agak tinggi. InsyaALLAH kepada sesiapa yang berminat dan berkongsi cerita saya akan kenalkan anda kepada rakan saya.

Arsenal Malaysian Gooners Sabah

Imej
Salam dan selamat sejahtera, pada 3 ramadhan 1432h tidak lewat kiranya saya mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada muslimin dan muslimat di serata dunia. Di sini saya menyatakan hasrat untuk mengaktifkan semula blog ini berikutan saya masih menyintai dunia blog. Wah-Wah. Sudah hampir 5 tahun usia blog ini. Hasrat untuk menutup blog ini kian pudar dan InsyaALLAH saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengaktifkannya kembali dengan artikel-artikel yang berbentuk kehidupan mahupun berbentuk peringatan buat semua. Pada hari enam - bahasa Sabah iaitu hari Sabtu ( 6 Ogos 2011) , saya bersama pasukan Arsenal Malaysian Gooners Sabah akan mengadakan satu perlawanan persabatan antara pasukan Kelab Penyokong Chelsea di Sabah. Perlawanan akan diadakan di Suria Soccer Indoor di Jesselton Port pada pukul 10.00 dan dijangka tamat pada 11.00 pagi. *Arsenal in myHeart, Islam are mySoul *

Multilevel Marketing (MLM) dalam Islam

Imej
Gambar Hiasan- Konsep yang kebiasaannya digunakan di dalam syarikat multi level marketing. Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari syubhah. Akad antara pihak penjual (al-Ba'i) dan pembeli (al-Musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-Taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi. Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum fiqh. Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar). Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi). Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pendengar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam. Struktur pengurusan syarikat hendaklah memiliki jawatankuasa pengawa

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce ada unsur babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan. Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim. "Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya. "Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penem

Khasiat pergerakan di dalam solat

SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj. Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w hanya bersolat lima kali sehari semalam. Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W. Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat. Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi. Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan

Mereka lagi susah

Imej
- Motivation Picture -

The Choice - Dialog Islam dan Kristian

Imej
Satu buku yang bertajuk The Choice - Dialog Islam dan Kristian telah saya beli semalam semasa bersiar-siar di Karamunsing ( Shopping Kompleks ala-ala Low Yatt). Saya masih dalam pembacaan semoga apa yang terkandung di dalam memberi sedikit suntikan semangat saya di dalam pertahankan Islam di dalam muka bumi Allah ini. InsyaALLAH.