Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Angin Pasang

Hari ini saya ingin mempelajari apa yang dimaksudkan dengan angin pasang. Pencarian ini timbul setelah  mendegar masalah kesihatanyang dihadapi oleh rakan saya. Alhamdulillah beliau telah selesai menghadapi pembedahan. Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala. Mengikut Harian Metro Istilah angin pasang dikaitkan dengan benjolan mengandungi gumpalan usus yang kelihatan kembang kuncup dan membuatkan seolah-olah benjolan itu membesar dan kemudian surut. Ini berlaku akibat perjalanan angin dalam usus yang membuatkan usus bergerak dan mengembang. Benjolan ini juga dikenali sebagai ‘hernia’, iaitu benjolan akibat kemasukan usus di mana tempat biasanya berada di dalam perut, kini terkeluar melalui pembukaan yang tidak normal dan masuk ke dalam satu ruang dan menjadi benjolan. Lagi banyak usus itu masuk ke dalam ruang yang menjadi benjolan, lagi besar ia kelihatan. Mungkin tanda awal angin pasang itu berlaku ialah kemunculan benjolan yang tengg