Anak Bulan PAS hampir tiba

Gambar Hiasan - Ilmu falak perlu didalami untuk melihat anak bulan.

Tidak sampai seminggu umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari gemilang mereka. Oleh yang demikian apa persiapan anda selaku umat Islam. Adakah anda sudah membeli baju melayu dan baju kurung. Golongan ibu sudah pasti sibuk menyiapkan langsir-langsir. Golongan bapa sibuk pula mengecat dinding rumah. Perkara biasa di dalam menyambut kedatangan Syawal. Hari Kejayaan.

Bagaimana pula tuntutan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Sudah laksana atau masih dalam niat untuk membayar. Sekiranya mahu bandingkan dengan 1 meter kain. Lagi mahal rasanya kain tersebut. Berapa sangat nilai wang yang kita ada untuk dizakatkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak luak rasa setakat jumlah RM5.20 sekiranya anda berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur macam Afham.

Namun, ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa lewatkan membayar lebih afhdal. Memang Ya. Namun jangan pastikan yang anda terlupa ataupun terlewat untuk menunaikan tanggungjawab tersebut. Di sini Afham sertakan link sebagai sumber rujukan anda mengenai syarat dan waktu berkesesuaian untuk menunaikan ibadah ini.

Rujukan: Klik Sini

Bayar Zakat Secara online: Klik Sini

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Ulasan

nuyui berkata…
hu..akak x g byr lg...konon mcm bz la kan...takper..kang rehat akak g JJ byr zakat skali :)
en_me berkata…
me dah bayar awal-awal poser lagikkks.. ihiks

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat Kolam Air Panas

Teknik Pengurusan Wang

Apa itu rumpai laut khasiat dan penggunaan