Mohon maaf pada 1 Syawal

Bila kedatangan Syawal, pastinya ramai yang saling memohon maaf antara satu dengan lain. Ada insan yang masih mengutus surat dan kiriman kad raya untuk mengutus salam maaf zahir dan batin. Kiriman kad raya tidaklah begitu popular di zaman cyber mungkin memerlukan kos yang tinggi. Kad RM 1.00 manakala Setem RM0.30 Jadi total RM 1.30.

Bagi golongan yang mempunyai handphone tidak kira samaada murah atau mahal, penggunaan perkidmatan sistem pesanan ringkas iaitu SMS sudah sinonim dan begitu popular pada masa sekarang. Sehingga Maxis, Celcom dan Digi tidak dapat menghasilkan perkhidmatan terbaik di malam raya. Satu mata ganjaran Maxis sudah cukup untuk memohon maaf kepada rakan-rakan ataupun sanak saudara. Bagi penggemar internet, kemudahan ekad yang mempunyai corak berwarna warni turut menjadi pengganti kad raya pada masa kini. Percuma Mudah Rigkas. Hanya perlu copy paste coding tertentu dan hantar kepada sesiapa menerusi email. Persoalan yang timbul. Afham terfikir sebentar tadi.
Mengapa perlu menunggu Bulan Syawal untuk memohon maaf dan menziarahi kubur. Mengapa tidak di bulan-bulan lain. Adakah ia sesuatu tradisi yang dilakukan oleh umat Islam dahulu kala. Mungkin ada sirah yang Afham masi belum baca. Ada sesiapa yang mengetahui sila tampil untuk memberi keterangan. Sekian

Afham,
Ipoh Perak,
2.57 pagi.



Ulasan

Afham berkata…
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=611&Itemid=72
Kujie berkata…
Selamat HariRaya Aidilfitri Afham...orang Ipoh je...tahun lepas balik kg singgah juga rumah sepupu depan Hospital Ipoh tu...
kawaii_desu berkata…
Salam zarah...
thank for dropping by..
Selamat menyambut raya bersama keluarga
Truckster berkata…
ko dah balik Ipoh ekkk......jgn makan lemang & rendang sampai lupa dunia
azwan berkata…
Selamat Hari Raya Afham
Kalau ada salah dan silap tu, aku mintak maaf banyak-banyak.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat Kolam Air Panas

Teknik Pengurusan Wang

Apa itu rumpai laut khasiat dan penggunaan