Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Bersangka baik lebih baik

Imej
Talam dua muka merupakan peribahasa yang biasa digunakan oleh Keluarga Malaysia (KM) khususnya bagi menunjukkan seseorang itu mempunyai yang bersikap kepura-puraan dalam apa jua tindakan yang dilaksanakan lebih-lebih dapat disedari berlaku melalui percakapan.  Bagaimana kita untuk membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai sikap sedemikian.  Hal tersebut boleh dibuktikan apabila berlaku percanggahan sesuatu maklumat. Sifat ini merupakan sikap yang negatif yang mana boleh merosakan perhubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.  Kadangkala ianya boleh berlaku ke atas diri kita tanpa kita sedari.  Oleh yang demikian, apa yang perlu dilaksanakan sekiranya kita mengetahui yang mana kita berhadapan dengan seorang yang kita merasakan dia mempunyai tanda-tanda sikap sedemikian rupa.  Penulis juga sering berhadapan hal sedemikian. Bagi seseorang yang mempunyai sikap berdarah panas atau melawan atau rebel biasanya akan berlaku perselisihan dan pergaduhan. Untuk tidak mengeruhkan lagi kea