Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Khasiat pergerakan di dalam solat

SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj. Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w hanya bersolat lima kali sehari semalam. Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W. Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat. Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi. Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan