Aku tidak mahu miskin

Pada hari ini, selesai sudah saya membaca sebuah buku yang bertajuk "Aku Tak Nak Miskin" yang ditulis oleh Dato' Dr Rusly Abdullah. Di dalam buku ini beliau mengajak kita bersama-sama untuk memartabatkan ekonomi dikalangan masayarakat Melayu. Di dalam penulisan beliau, beliau membuka minda orang Melayu untuk menceburi bidang pada ketika diketahui umum bangsa bukan Melayu menguasai sebahagian daripada ekonomi Malaysia. Perniagaan merupakan salah satu bidang yang perlu diambil perhatian kerana ramai bumiputera yang kurang selesa untuk berniaga.

Saya tertarik dengan mutiara kata yang terdapat di dalam buku ini bahawa:
Majoriti orang Melayu "makan gaji" sedangkan orang bukan melayu adalah majikan yang "membayar gaji"
Ungkapan sedemikian memberi tamparan hebat buat kakitangan awam khususnya. Namun, tidak semua mempunyai pemikiran yang sedemikian, ada yang diantara mereka yang mengambil kesempatan untuk melakukan perniagaan sampingan. Sesuai dengan sabda Rasulullah:
9/10 dari pintu-pintu rezeki di dalam perniagaan. 1/10 daripadanya adalah pertanian dan perternakan.
Moga-moga apa yang disampaikan dapat memberi sedikit iktibar dan disampaikan kepada mereka yang tidak kesempatan membaca blog ini. Bagi saya buku ini wajib dibaca oleh semua golongan terutama guru dan ibubapa supaya kita dapat lihat apa yang perlu kita lakukan untuk anak kita supaya bangsa kita tidak terus melukut di tepi gantang.

Ulasan

Afzainizam berkata…
salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/

emmmm infor yang baik 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan... yup aku percaya tu... kena ade usaha baru peroleh kejayaan...

aku akui orang melayu agak kurang dalam bidang perniagaan... tapi ramai gak orang melayu yang berjaya dalam niaga ni.... salam kenalan dari kami ye...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat Kolam Air Panas

Teknik Pengurusan Wang

Kaedah Homeschooling di Malaysia