Maaf sesama manusia


Syukur Alhamdulillah pada hari ini masuk 9 Ramadhan kita berpuasa, terasa cepat sungguh masa berlalu. Pada kali ini mungkin entri saya berbeza dengan entri-entri sebelum ini yang berkisar duniawi bisnes semata-mata. Entri ini berkait di dalam kita menjaga keaiban sesama manusia.

Mungkin sukar pada mulanya untuk menafsir isi hati seseorang individu. Adakah cukup 1 hari, 1 bulan, 1 tahun untuk kita mengenali budi pekerti seseorang. Terpulanglah individu itu sendiri. Tiada tips yang lebih baik melainkan berbuat baik sesama manusia.

Niat pada mulanya ingin bergurau dengan sekelip mata boleh menjadi perkara besar sehinggakan menjadi pergaduhan mulut, SMS dan lebih teruk lagi melibatkan kecederaan dan juga pembunuhan. Hal ini perlu dielakkan di dalam kita menjaga silaturrahim sesama manusia. Oleh yang demikian, walaupun kita bertindak betul sekali pun, untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan. Alangkah elok kiranya salah seorang berundur terlebih dahulu ataupun menyerah kalah bagi menjaga kedua-dua belah pihak. Sekiranya dua-dua keras kepala tidak mahu berundur. Perhubungan yang terjalin pasti menjadi renggang akhirnya putus dan musnah. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Keluasan keampunan Allah dan rahmat-Nya meliputi seluruh dosa orang bertaubat. Perkara itu dirakamkan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang sudah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:

1. Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
2. Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
3. Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
4. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.

Sekian, terima kasih. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk datangnya dari diri saya.



Ulasan

Jurnal Murahan berkata…
apam aku minta maap salah silap masa sekolah dulu, minta halal lebih kurang.

selagi ada kesempatan, manfaatkan

.
Afham berkata…
kite settle la otai.. :D

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting