Pengurusan Kewangan

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Bila membaca pernyataan ini memberi sedikit idea kepada saya di dalam membina pengurusan kewangan yang lebih efektif dan memberi banyak faedah yang lebih baik dari sekarang. Sebulan lepas saya baru sahaja dengan financial advisor untuk memotivasikan diri di dalam menguruskan kewangan secara aktif. Manusia sekarang berbelanja melebihi pendapatan dan menyebabkan defisit di dalam pendapatan mereka.

Biasa isu ini dikaitkan dengan penggunaan kad kredit. Ya! Pasti ramai yang menggunakan kemudahan ini. Ternyata perkhidmatan ini begitu mudah kerana tidak perlu membawa wang saku yang ingin untuk membuat sebarang perbelanjaan. Namun, kita harus mempunyai kesedaran diri yang tinggi di mana status atau taraf kita untuk memiliki perkhidmatan. Penggunaan kad kredit pasti mendesak keinginan kita untuk membuat sesuatu pembeliaan. Pembeli yang bijak senantiasa mengukur kemampuan diri dan tidak hanya berbelanja mengikut hawa nafsu semata-mata.

Pelaburan Emas pada ketika sedang memuncak kerana ramai yang memperkatakan pelaburan ini. Pada masa sekarang pelaburan Emas di Maybank dan Public Bank mampu memberi faedah kita pada masa akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting