Blogger Perak
Sudah lama rasanya tidak menulis catatan peribadiku untuk berkongsi dengan anda semua. Lagi pun buat masa sekarang tidak ada cerita menarik untuk dikongsi bersama. Namun pada tanggal 26 Disember 2007 telah menemukan beberapa blogger-blogger yang berasal negeri Perak. Perjumpaan yang agak tergesa-gesa ini berjaya dilakukan walaupun hanya kehadirannya tidak segempak mana pun. Aku seolah-olah tidak percaya hadir di dalam perjumpaan ini. Hasratku hanya untuk menimba ilmu dan berjumpa ramai kenalan online semata-mata. Memang seronok berjumpa dengan orang yang kita tidak kenali sebelum ini. Cuti aku berasa sungguh bermakna. Antara yang hadir perjumpaan pertama: Afzai Afandi ( Sifoo) Amir Hakim Syawal Afham (Susunan mengikut peringkat umur). Aku termuda di dalam perjumpaan berkenaan menyebabkan aku rasa kurang selesa jika dibanding ilmu dan kecekapan mereka di dalam berblog ini. Aku rasa bersemangat setelah perjumpaan ini dan berhasrat menjadi seperti Sifoo sesuatu masa nanti. Usia mu