Hari Kemerdekaan ke 51 dan Belanjawan 2009

Logo ihsan dari Syamsulariff

Bahang kemerdekaan kian terasa disini kerana bermulanya satu aktiviti yang ringkas telah dilaksanakan oleh majikan di sini . Di mana ia sedikit sebanyak memberi input yang jelas mengenai erti kemerdekaan sebenar. Aku berfikir sejenak kenapa pada tahun ini kurang Bendera Jalur Gemilang atau Bendera Malaysia kurang dikibarkan di kereta, rumah, premis dan sebagainya?


Bagiku erti kemerdekaan memberi maksud yang universal dan memberi erti yang mendalam. Kemerdekaan merupakan satu perjuangan yang memerlukan pengorbanan dan patriotisme yang tinggi untuk membebaskan diri dari dijajah dan dijajah semula. Apa yang perlu ada di sini ilmu dan kecemerlangan.Dengan adanya dua elemen ini ianya satu titik permulaan untuk kita mampu berdaya saing dengan sesiapa sahaja.

Esok, kemungkinan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Belanjawanan pada tahun 2009. Berikutan dengan itu, kita juga perlu ada belanjawan diri untuk memberi faedah kepada diri kita dan sekeluarga pada masa akan datang. Marilah penyimpan di hari tua.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting