Bonus menjelang Ramadhan dan Syawal

Salam kembali dari Afham di hujung minggu ini. Mungkin, petang tadi petang terakhir saya bermain futsal dengan rakan-rakan sebelum menjelang kehadiran bulan yang penuh barakah 1 September 2008. Masa berlalu begitu pantas. Rasanya tahun ini 2 kali kita menyambut ramadhan dan syawal. Bagaimana puasa lepas? Sekiranya ada yang tinggal cepat - cepat menggantikannya. Saya cuma mengingati anda. Tepuk dada tanyalah iman.

Budget 2008 telah pun dibentangkan. Alhamdulillah ada juga bonus untuk tahun ini. Bagi mereka yang tidak dapat mendengar boleh melawat ke blog ini. Klik di sini. Mungkin budget pada kali mendatangkan faedah kepada rakyat. Adakah minyak turun? Barang turun? Saksikan di muka akhbar esok.

Duit oh Duit. Berikutan dengan itu, saya menerima peluang untuk melibatkan diri dalam dunia bisnes. Namun bila dikaji dan dianalisis bisnes ini ada aspek MLM. Memang sukar untuk menerimanya buat kali berikutnya setelah banyak kali gagal dalam bidang yang sama cuma produk yang lain. Pengalaman banyak mendewasakan saya. chewah!!



Ulasan

Ainsya berkata…
Yeah..betoi2..
pengalaman bnyk mendewasakan kita..
Selamat menyambut Bulan Ramadhan, Afham ! :)
Afham berkata…
Selamat menyambut bulan ramadhan ain..

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting