Persoalan Struktur Organisasi Standard


Susah juga untuk mencari rujukan yang sewajar dalam membangunkan struktur organisasi yang standard, kukuh, praktikal dan efektif. Setiap organisasi mempunyai peranan tersendiri serta unik bagi pengoperasian industri, penawaran perkhidmatan dan produktiviti perniagaan masing-masing dalam mencapai misi dan visi sesebuah organisasi.

Kebiasaannya struktur dibangunkan berdasarkan fungsi yang akan dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi. Setiap fungsi tersebut sudah pasti mempunyai tenaga kerja untuk melaksanakan aktiviti dan peranan masing-masing dengan jelas.  Manakala, setiap tenaga kerja atau sumber manusia perlu dikira dalam memastikan tiada lebihan sumber kakitangan yang boleh memberi kesan ke atas keuntungan atau menjejaskan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan sesebuah organisasi.

Setiap tenaga kerja juga perlu mempunyai job description atau portfolio untuk melaksanakan sebarang penugasan secara sistematik mengikut masa, harian, bulanan dan tahunan. Keadaan ini boleh mengoptimakan penggunaan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Justeru, tidak wujud ada yang menikmati masa di tempat kerja membuat hal-hal persendirian berbanding organisasi.

Oleh yang demikian, struktur organisasi dan sumber perlu dikemaskini dan sentiasa dinamik mengikut bebanan penugasan dan arus pemodenan teknologi bagi menghasilkan satu struktur organisasi yang mampan dalam mendukung visi dan misi organisasi.

Saya dengan rendah diri mengalu-alukan sebarang cadangan dan juga komen atau rujukan untuk kita sama-sama berkongsi dalam membuat penggiraan jumlah tenaga kerja sesebuah organisasi.

AR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting