Zina adalah biasa


Kepelikan sedikit melanda walaupun aku masih bujang. Walaupun sudah mengetahui bahawa kegiatan zina itu haram di sisi Islam. Namun sikap manusia yang ego terus melakukan zina dan  menyangkakan perkara zina adalah bagi membantu wanita yang keadaan kegersangan. Pelik tetapi saya telah berhadapan rakan-rakan yang melakukan sedemikian. Nasihat pun tidak berguna lagi kerana nafsu mereka membuak-buak seperti anjing kelaparan tulang. Yang buruk lagi berlaku kepada mereka yang sudah berkahwin. Yang halal ada kan? Kenapa anda perlu mencari pasangan yang tidak sah untuk melakukan hubungan sulit ini. Membisu ketika. Coretan ini sekadar luahan kepelikan supaya anda mengasihani isteri anda, anak anda dan wanita-wanita. Yang wanita ni pun satu. Yang diikut kenapa! Masing-masing mahukan hubungan haram ini bukan. That's why gejala ini terjadi. Tidak akan  terjadi perkara ini sekiranya bertepuk sebelah tangan. Marilah kita bersama-sama menjauhi gejala ini. InsyaALLAH. 


Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32yang bermaksud;

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.

Ulasan

Jurnal Murahan berkata…
dah banyak mende-mende ni pam


haish, dunia-dunia. sekarang aku rasa nak kawin ahahah
Afham berkata…
aku pun rase nak kahwin..
norraziahazmi berkata…
"Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
(Al-Israk: 32)
Di sini Allah menjelaskan tentang kejinya zina,p'kataan “fahisyah” bermakna p'buatan keji@kotor yg sudah mencapai tingkat yang tinggi dan diakui kekejiannya oleh setiap org yg berakal, bahkan oleh sebahagian banyak binatang. Dalam hal ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya menyebutkan, drpd Amru bin Maimun al-Audi, beliau berkata, “Aku pernah melihat – pada masa jahiliah – seekor kera jantan yang berzina dengan seekor kera betina, lalu datanglah kawanan kera mengerumuni mereka berdua dan melempari keduanya sampai mati.” Dalam ayat tersebut juga Allah mengisytiharkan bahawa zina adalah seburuk-buruk jalan, ia adalah jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia serta menempa seksaan dan azab di akhirat... Nauzubillahi min zalik

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting