14 September 2010

Khasiat Kolam Air Panas

Aktiviti hari raya ketiga mengingat kembali detik-detik cemas mengenang peristiwa yang agak merisaukan di Kolam Air Panas Bemban Melaka @ Jasin Hot Spring. Terletak kira-kira 10 km dari Kesang Tua memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri apa yang special tempat ini. menurut petikan artikel dari Utusan, tempat ini merupakan salah satu warisan yang ada di Melaka dan dikatakan Kolam Air Panas ini merupakan salah satu kolam yang terbaik di rautau Asia.

Taman Air Panas Semulajadi Jasin tidak hanya menjadi destinasi menarik tetapi kolam air panas itu didakwa berkhasiat kerana mempunyai unsur-unsur galian yang baik merawati pelbagai penyakit tubuh badan seperti sakit sendi dan pinggang. Ia juga dikatakan mampu memulihkan penyakit kulit, selain tidak memudaratkan walaupun kepada kanak-kanak dan orang tua.

Ini kerana keunikan air panas tersebut yang mengandungi lapan jenis mineral semula jadi iaitu boron, kalsium, fluorida, besi, magnesium, fosforus, silika dan sulfur.

Taman itu yang dibina di kawasan seluas dua hektar mempunyai sembilan kolam air panas, dua kolam taman air dan satu kolam mineral sejuk di mana pengunjung boleh menikmati kehangatan air panas dengan suhu mencecah dari 40 hingga 41 darjah celsius.

Air panas yang disalurkan ke setiap kolam di taman tersebut datangnya daripada lima perigi sumber (asal) dan ia sememangnya dijaga keasliannya dan ia tidak bercampur dengan air hujan.

Kawasan menjadi cemas kerana salah satu pengunjung pitam ketika merendam badan.

2 ulasan:

zool berkata...

aku sekali je penah layan kat sini lepas dah cantik tu. takde org nak gi layan.. ha hahahaha. tapi memang best. rumah dekat gila dong..

p/s := ada yang pitam ek.. mesti layan mandi lama sangat tu..

Afham Rahman berkata...

atuk pitam kat situ..
cuak gak..
cz depan mata am..