Info Sihat: Sakit pinggang

I like to share some info that I ger from Berita Harian Online about 'Sakit Pinggang'.

Kesan negatif akibat masalah tulang belakang

1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang

Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan. Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian. Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Info by Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras

Ulasan

Ally Leman berkata…
Jangan lupe> Consume calcium for the sake of ypur bone health. Kdg2 tulang yg kurang kalsium pn boley buat kamu lemah jugak. dislocated, fractured bone la...
Afham berkata…
hehe..
preparation hari akan datang penting bukan?

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting