Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Teknik Pengurusan Wang

Imej
Saban hari kita mengeluh dengan pendapatan yang kita ada. Keresahan mulai mengganggu benak fikiran sebaik sahaja gaji masuk di penghujung bulan. Sedar ataupun tidak, semakin tinggi gaji semakin banyak juga hutang yang perlu dilangsaikan. Begitu juga dengan kos perbelanjaan diri yang kadang-kala ada turun naiknya, tak lupa juga imbuhan untuk keluarga akan mula difikirkan oleh setiap penjawat awam mahupun penjawat swasta. Di sebalik dengan kemasukan gaji ini, biasanya kita teruja , mungkin ada diantara mereka hanya tersenyum dan tidak kisah. Namun , ada pula yang meletakkan tangan di kepala kerana rungsing memikirkan bagaimana cara untuk menguruskan gaji yang diterimanya. Justeru itu, terdapat tiga kategori yang dapat dilihat disini. Kategori yang pertama iaitu golongan yang merasakan pendapatan yang mereka perolehi mampu memberi kebahagian dan kesenangan. Apa jua aktiviti dapat dilakukan kerana golongan ini merasai kebebasan dalam menguruskan kewangan. Kategori yang kedua pula berken