Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Kaedah Homeschooling di Malaysia


Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Post hari ini lebih menjurus kepada pelaksanaan Teknik Homeschooling atau Pembelajaran dari Rumah yang menjadikan ibu bapa sebagai tenaga pengajar atau tutor kepada anak-anak. Serba sedikit analisis dilakukan dalam memperhalusi pendekatan kaedah ini sama ada ianya bersesuaian ataupun tidak. Pastinya wujud kebaikan dan kekurangan dalam mengimplementasi seperti matlamat yang diharapkan oleh setiap ibu bapa. Walaubagaimana pun ia bergantung kemahiran ibubapa dalam mengolah pendekatan ini supaya kematangan tahap intektual dan spiritual lebih baik. Di sini sudah pastinya pembelajaran sepanjang hayat perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak ini supaya mereka terus mempunyai keinginan dan menceburi bidang-bidang yang mereka mahukan. Kaedah homeschooling yang sering diketengahkan banyak berbentuk pembangunan kendiri, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Terpaksa

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa, 
Solatlah walaupun keadaan terpaksa..✿ 
Puasalah walau keadaan terpaksa, Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa..✿ 
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~✿ 
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang..✿ 
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH ~✿ 
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..^_~

Zina adalah biasa


Kepelikan sedikit melanda walaupun aku masih bujang. Walaupun sudah mengetahui bahawa kegiatan zina itu haram di sisi Islam. Namun sikap manusia yang ego terus melakukan zina dan  menyangkakan perkara zina adalah bagi membantu wanita yang keadaan kegersangan. Pelik tetapi saya telah berhadapan rakan-rakan yang melakukan sedemikian. Nasihat pun tidak berguna lagi kerana nafsu mereka membuak-buak seperti anjing kelaparan tulang. Yang buruk lagi berlaku kepada mereka yang sudah berkahwin. Yang halal ada kan? Kenapa anda perlu mencari pasangan yang tidak sah untuk melakukan hubungan sulit ini. Membisu ketika. Coretan ini sekadar luahan kepelikan supaya anda mengasihani isteri anda, anak anda dan wanita-wanita. Yang wanita ni pun satu. Yang diikut kenapa! Masing-masing mahukan hubungan haram ini bukan. That's why gejala ini terjadi. Tidak akan  terjadi perkara ini sekiranya bertepuk sebelah tangan. Marilah kita bersama-sama menjauhi gejala ini. InsyaALLAH. 


Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32yang bermaksud;

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.

Terjemahan Bacaan Solat


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Copy from Azizi

Maaf sesama manusia


Syukur Alhamdulillah pada hari ini masuk 9 Ramadhan kita berpuasa, terasa cepat sungguh masa berlalu. Pada kali ini mungkin entri saya berbeza dengan entri-entri sebelum ini yang berkisar duniawi bisnes semata-mata. Entri ini berkait di dalam kita menjaga keaiban sesama manusia.

Mungkin sukar pada mulanya untuk menafsir isi hati seseorang individu. Adakah cukup 1 hari, 1 bulan, 1 tahun untuk kita mengenali budi pekerti seseorang. Terpulanglah individu itu sendiri. Tiada tips yang lebih baik melainkan berbuat baik sesama manusia.

Niat pada mulanya ingin bergurau dengan sekelip mata boleh menjadi perkara besar sehinggakan menjadi pergaduhan mulut, SMS dan lebih teruk lagi melibatkan kecederaan dan juga pembunuhan. Hal ini perlu dielakkan di dalam kita menjaga silaturrahim sesama manusia. Oleh yang demikian, walaupun kita bertindak betul sekali pun, untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan. Alangkah elok kiranya salah seorang berundur terlebih dahulu ataupun menyerah kalah bagi menjaga kedua-dua belah pihak. Sekiranya dua-dua keras kepala tidak mahu berundur. Perhubungan yang terjalin pasti menjadi renggang akhirnya putus dan musnah. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Keluasan keampunan Allah dan rahmat-Nya meliputi seluruh dosa orang bertaubat. Perkara itu dirakamkan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang sudah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:

1. Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
2. Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
3. Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
4. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.

Sekian, terima kasih. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk datangnya dari diri saya.



Multilevel Marketing (MLM) dalam Islam

Gambar Hiasan- Konsep yang kebiasaannya digunakan di dalam syarikat multi level marketing.

  • Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari syubhah.
  • Akad antara pihak penjual (al-Ba'i) dan pembeli (al-Musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-Taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.
  • Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum fiqh.

  • Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).
  • Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi).
  • Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pendengar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.
  • Struktur pengurusan syarikat hendaklah memiliki jawatankuasa pengawasan syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce ada unsur babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Khasiat pergerakan di dalam solat

SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj.

Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w hanya bersolat lima kali sehari semalam.

Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat.

Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi.

Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta. Jika tidak, masakan manusia tahu erti bersyukur kerana tidak mencintai Tuhan melebihi dari segala-galanya jika tidak mengetahui kehebatan-Nya.

Ibarat solat selama 5 minit akan merugikan mereka, dan pada waktu itu sahajalah dianggap masa itu emas. Sedangkan terdapat banyak perkara lain lagi yang mengakibatkan masa emas itu tidak bernilai lagi akibat tidak menunaikan solat.

Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bertindak merungkai persoalan solat berkaitan sains melalui ‘Program Sains Solat: 'Kebaikan Dari Perspektif Sains’ pada 27 Februari 2011 lalu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, Selangor.

Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, program itu mendapat kerjasama Perkim Cawangan Selayang Baru menjemput pakar penyelidik berkenaan tajuk program berkenaan sebagai pembentang kajian. “Antara pembentang pada program itu ialah Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

"Begitu pula halnya dengan Saudara Muslim yang kadangkala tidak mengetahui kaifiat solat yang diperoleh. Kadangkala, mereka hanya mengikut apa yang dilihat. Kesannya, dibimbangi apa yang dipraktikkan tersebut adalah bertentangan dan terlibat pula dengan bid’ah," kata Farhan.

Farhan yang juga selaku Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, perkara ini pastinya menyebabkan Saudara Muslim tidak khusyuk dan kurang konsisten semasa bersolat. Ia dianggap ritual dan adat sahaja, bukannya ibadat. Pandangan sebegini perlu diubah kerana menyembah Tuhan, yakni Allah bukan perkara yang perlu diambil mudah.

"Dia adalah raja kepada segala Raja dan pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus. Di samping itu, hamba-Nya yang beriman akan memperoleh fadhilat solat tanpa disedari. Terdapat banyak kelebihan dari sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji," jelas Farhan.

"Tugas yang dilakukan Dr. Fatimah di UM ialah memantau dan mengenalpasti penyakit, pengukuran dan model fisiologi, Sistem Mikro Elektro Mekanikal Biologi (BIOMEMS) dan aplikasi kecerdikan buatan dalam perubatan," kata Farhan.

Jelasnya lagi, Dr. Fatimah menggunakan kaedah pembentangan multimedia kepada 250 peserta yang terdiri daripada kalangan masyarakat awam Selayang, saudara Muslim, guru-guru sekolah, dan pelajar-pelajar sekolah bagi memudahkan pemahaman berkesan kepada peserta.

Pembentangan kajian pertama iaitu aktiviti interaktif 1 yang bertajuk “Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat”. Dr. Fatimah turut menjelaskan bahawa pergerakan di dalam solat amat mempengaruhi kondusi tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu ialah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut ahli fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik untuk menjadikan otot besar dan kuat.

Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Copy from Harian Metro

The Choice - Dialog Islam dan Kristian

Satu buku yang bertajuk The Choice - Dialog Islam dan Kristian telah saya beli semalam semasa bersiar-siar di Karamunsing ( Shopping Kompleks ala-ala Low Yatt). Saya masih dalam pembacaan semoga apa yang terkandung di dalam memberi sedikit suntikan semangat saya di dalam pertahankan Islam di dalam muka bumi Allah ini. InsyaALLAH.

10 Kunci rezeki

1. Istighfar dan Taubat
Nabi Nuh ‘alaihis salam berkata kepada kaumnya : “Maka aku katakan
kepada mereka, ‘Mohon ampunlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia Maha
Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat, dan
membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) sungai-sungai’ “. (Q.S. Nuh : 10 -12)

2. Taqwa
Fiman Allah Ta’ala : “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya
Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezki dari arah yang
tiada disangka-sangkanya”. (Q.S. Ath-Thalaq : 2 – 3)

3. Bertawakkal (berserah diri) kepada Allah
Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, niscaya kalian akan diberi rezki sebagaimana rezki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang”. (HR. Ahmad,Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnul Mubarak, Ibnu Hibban, Al Hakim, Al Qudha’i dan Al Baghawi dari ‘Umar binKhaththab radhiyallaahu ‘anhu)

4. Beribadah sepenuhnya kepada Allah semata
Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : ‘Wahai anak Adam, beribadahlah sepenuhnya kepada-Ku, niscaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku penuhi permintaan mu. (Dan) jika kalian tidak melakukannya, niscaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi permintaan mu”. (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu)

5. Menjalankan Haji dan Umrah
Rasulullah SAW bersabda : “Kerjakanlah haji dengan umrah atau sebaliknya. Kerana sesungguhnya keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana api dapat menghilangkan kotoran (karat) besi.” (HR Nasa’i. Hadits ini shahih menurut Imam Al Albani. Lihat Shahih Sunan Nasa’i.)

6. Silaturrahim
(menyambung tali kekerabatan yang masih ada hubungan nasab) Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturrahim” (HR. Bukhari)

7. Berinfak dijalan Allah
Allah Ta’ala berfirman : “Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka
Allah akan menggantinya. Dialah sebaik-baiknya Pemberi rizki”. (Q.S. Saba :39)

8. Memberi nafkah kepada orang yang menuntut ilmu (syar’i)
Anas bin Malik radhiyallaahu ,anhu berkata : “Dulu ada dua orang
bersaudara pada masa Rasulullah SAW. Salah seorang mendatangi (menuntut ilmu) pada Rasulullah, sedangkan yang lainnya bekerja. Lalusaudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu), maka Beliau bersabda : “Mudah-Mudahan engkau diberi rizki dengan sebab dia”. (HR.Tirmidzi dan Al Hakim, Lihat Shahih Sunan Tirmidzi)

9. Berbuat baik kepada orang-orang lemah
Mush’ab bin Sa’d radhiyallaahu ,anhu berkata, bahwasannya Sa’d merasa dirinya memiliki kelebihan daripada orang lain. Maka Rasullullah SAW bersabda : “Bukankah kalian ditolong dan diberi rezki lantaran orang-orang lemah diantara kalian ?”. (HR. Bukhari)

10. Hijrah dijalan Allah
Allah Ta’ala berfirman : “Barangsiapa berhijrah dijalan Allah, niscaya
mereka akan mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rizki yang
banyak”. (Q.S. An Nisa : 100)
Demikianlah beberapa kunci-kunci rizki dalam Islam yang memang sudah
selayaknya seorang muslim untuk yakin terhadap apa yang difirmankan Allah dan apa
yang disabdakan Rasul-Nya supaya kita tidak terjerumus kedalam I’tiqad (keyakinan), perkataan dan perbuatan yang bathil.
Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, kepada
segenap keluarga, shahabat dan orang-orang yang mengikutinya dengan baik sampai
akhir zaman nanti. Wallahu A’lam.
Diringkas dari Kunci-Kunci Rizki menurut Al Qur’an dan Assunnah

Karya DR Fadhi Ilahi, penerbit terjemahan Darul Haq

Anggap zina itu biasa


Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Ia walaupun dilakukan dengan reda adalah haram dan berdosa. Namun walaupun pelbagai cara dalam usaha menasihati mereka ini. Namun ternyata ia masih sukar untuk mengubah budaya pemikiran mereka ini. Ada diantara mereka bangga melakukan aktiviti ini sehingga membuat rakaman ataupun pengambaran sebagai bukti mereka. Melambak2 3gp melayu dilihat dengan secara download. Mudah-mudah.

Usaha kerajaan mengadakan silibus Pengajian Seks untuk para murid menjadi persoalan sama ia adalah relevan untuk dilaksanakan kepada murid-murid di Malaysia. Usaha baik ini seharusnya dipandang positif kerana ia merupakan salah satu usaha pihak kerajaan dalam meminimakan gejala seks bebas ini.

Ayat Al Quran dan Hadis mengenai Seks Halal.

Alangkah indahnya firman Allah bermaksud: " Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman. " - (Surah An-Nisaa’: 223).

Allah berfirman bermaksud: Antara tanda kebesaran Allah adalah Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan-Nya antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah ar-Rum ayat 21).

”Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala? Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!” (Hadis riwayat Muslim)

Qada' dan Qadar


Itulah ketentuan Ilahi yang tidak perlu kita persoal. Kesemuanya telah ditentukan olehNya. Ajal maut di tangan tuhan. Kita hanya berserah kepadaNya.

Satu kejadian telah menimpa isteri kepada jurulatih saya, Staf Sarjan Khairul. Malang menimpa ke atas diri beliau menyebabkan beliau kehilangan sebilangan daripada ahli keluarga beliau. Takziah kepada keluarga mangsa.

Kita yang hidup perlu beringat. Ajal maut kita tidak tahu.

Berita Kemalangan - Berita Harian

Al- Fatihah

Bangun dari tidur


Setiap hari kita selalu leka dengan kerja harian, tapi ada tidak kita meluangkan sedikit masa untuk renung seketika setakat mana amalan yg bakal jd bekalan ke akhirat nanti? Saya dapat maklumat menerusi email. InsyaALLAH. Benda yang sedikit kita kongsi bersama..Mari kita sama-sama menilai diri kita..

Cuba anda check 1 persatu bermula dari anda bangun subuh....



1. Pukul berapa anda menunaikan solat subuh

2. Berapa lame anda berzikir dan berdoa

3. Kita berpakaian ke pejabat untuk menunjuk2 atau untuk menutup aurat?

4. Pandangan mata kita dipejabat

5. Percakapan kita dipejabat bersama rakan2

6. Pukul berapa solat zohor dilaksanakan

7. Berapa banyak peralatan pejabat yg anda gunakan untuk kegunaan peribadi?

8. Berapa lame mase yang anda bazirkan mengadap internet di waktu pejabat?

9. Solat asar lewat atau terlepas

10. Magrib di rumah atau di kedai makan

11. Di mana waktu anda membaca quran?

12. Kira berapa byk waktu anda menonton dari berzikir

13. Anda tidur sebelum solat atau tidur tanpa solat isya'

14. Adakah anda tidur dalam menutup aurat?

Apa yang kita kejarkan


Cuti hujung minggu sudah menjadi rutin setiap minggu..Ramai antara kita memenuhi ruang masa yang kosong ini dengan berada di rumah sahaja sambil menonton cerita-cerita hindustan, cerekarama dan sebagainya..Oh tidak..setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza untuk aktiviti yang ingin dilaksana..

Apa yang anda kejar di dalam hidup anda pada ketika ini..Soalan ini mungkin terlalu luas untuk dikupas..Namun ia perlu difikirkan kerana ia menjadi landasan di dalam kehidupan kita seharian..
Ramai yang fikirkan tentang duit di dalam hidup..Mana tidaknya..Hutang keliling pinggang..Ya..memang tidak dinafikan lagi wang cukup penting di kala sekarang. Sehinggakan masuk ke toilet di kira charge. Tiada yang percuma di dalam hidup. Oleh yang demikian wang menjadi mainan transaksi di dunia sekarang..Bagaimana memperolehi wang. Banyak cara tapi dua pendekatan yang berbeza. Samaada ia pendekatan yang halal ataupun yang haram. Oleh itu, kajian terhadap bisnes yang kita ceburi perlu dititik berat terlebih dahulu..
Sebenarnya saban suntuk kita mencari duit..Adakah anda terfikir apa yang kita kerjakan di dalam hidup? Ketahuilah, makin hari makin singkat hidup kita di dunia..

Ikrar Muslim

Terasa ingin menulis sesuatu..
Memandang keadaan di AfhamRahman dot Com tidak dalam keadaan baik..
Blog ini menjadi mangsa penulisan pada kali ini..

Oh ya..teringat kata-kata penceramah dari Ustaz dari Jais tadi..Ada menyebut Ikrar Muslim..Nanti saya nyatakan ikrar tersebut..Apa yang saya mahu ungkai di sini tentang umat Islam di Malaysia yang rata-rata berbangsa Melayu kini..Ustaz sering berkata bimbang dalam ceramahnya..Hal ini berikutan dengan segelintir orang Islam sendiri yang senang lenang menjual iman dan islam..Bersusah payah Nabi Muhammad SAW mempertahankan agama Islam tapi sekarang..Mahu dijual pula oleh umatnya sendiri..

Bagi beragama Islam..saya bukanlah ustaz tetapi di dalam hadith nabi ada yang menyebut..sampailah ilmu walaupun sepotong ayat..Untuk melindungi Iman dan Islam ini..Ada banyak cara..Tips yang diberi oleh ustaz ialah dengan mengambil potongan Al-Mathurat sebagai pendinding diri..Di dalam ayat tersebut ada potongan ayat yang menyebut:
1. Redha akan Allah tuhannya.
2. Islam sebagai agamanya.
3. Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya.
4. Kaabah kiblatnya.
5. Muslimin saudaranya.

Hukum merokok adalah HARAM

Nafas Baru - Bermula Ramadhan.

Sedang Afham berjalan jalan melihat alam ciptaan tuhan. Terserempak satu poster yang agak cantik. Dan makna ayat di dalamnya membuat Afham terpaku berfikir mengenai isi makna tersebut.

Poster Kempen Anti Rokok oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mungkin ramai para-para perokok tidak sedar mengenai hukum merokok sebenarnya. Ada sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya adalah makruh dan ada juga yang mengatakan haram. Memang Afham akui memang sukar untuk berhenti merokok secara mengejut. Rata - rata memerlukan masa yang lama kerana perbuatan ini menjadi tabiat harian.

Setelah membaca beberapa artikel dibawah. Rata-rata memutuskan bahawa rokok adalah HARAM di sini Islam. Marilah kita sama-sama berubah kepada amalan hidup sihat. InsyaALLAH.

Artikel yang menjadi rujukan:

Fatwa semasa. - Harakah Daily
Hukum Merokok - Halal Guide
Merokok, Makruh atau Haram - Wordpress Blog
Merokok Dosa Kecil - Zaharudin dot Net


Bangga tidak berpuasa

Halang anak-anak yang tidak berpuasa untuk berbuka bersama sebagai proses pembelajaran untuk hormat orang berpuasa. Cadangan Afham. Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini terdetik untuk berkongsi pengalaman yang sukar Afham terima oleh logik akal. Tidak sesuai dengan umur. Bukan di sini membuat hubungan seks atau perbuatan terkutuk. Memanglah remeh pada pandangan biasa. Tetapi bagi Afham kegiatan ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Apa yang pak cik ini dilakukan.



Kegiatan berpuasa tidak menghalang Afham untuk membuat perkiraan stok. Apa yang sedih di sana ada seorang staf di situ bangga menyatakan beliau tidak berpuasa. Kalau ya pun beliau tidak berpuasa sekurang-kurangnya hormat kepada orang yang sedang menjalankan amanat tuhan yang maha Esa.

"Aku tidak puasa" dengan nada bangga sambil menyalakan rokok Surya Hitam. Telinga Afham panas mendengar ayat ini.

Inilah manusia yang tidak syukur dengan nikmat hidup. Minta maaf. Memang patut Afham berkata sedemikian. Puasa mengajar kita untuk menghayati betapa susahnya orang miskin mendapatkan rezeki. Contoh gambar di bawah. MasyaALLAH. Siapakah manusia dibolehkan tidak berpuasa?

Gambar fakir miskin yang merebut makanan dari Utusan Online. Mari menunaikan rukun Islam ke 4.


Selamat Hari Malaysia - 16 September

Bila tarikh penubuhan Malaysia? 31 Ogos atau 16 Sept.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Esok 16 September 2008 merupakan hari yang bersejarah buat penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kerana tertubuhnya negara Malaysia pada 16 September 1963. Di sini merupakan penerangan sejarah penubuhan negara yang kita cintai ini menjadi bukti sejarah Malaysia sebenar. Sehingga saat ini, tsunami politik masih membelenggu pemikiran rakyat Malaysia. Namun begitu, PM Malaysia (Pak Lah) tetap menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia pada ketika ini dalam keadaan stabil.


Isu ISA yang digunakan di Malaysia melihat perhatian samaada media tempatan mahupun media luar negara. Tindakan ini adakah memalukan negara kita. Sebagai umat Islam kita perlu mengisi ilmu di dada dengan ilmu agama berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Sekiranya timbul isu-isu yang mendatangkan sensiviti umat Islam. Kita hendaklah lawan dengan hujah-hujah di dalam menegakkan kebenaran.
Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia." Petikan dari MStar. Beliau menyelar kerajaan menggunakan ISA atas alasan untuk membela ajaran Islam. Baca keterangan beliau di sini.

"Selamat Hari Malaysia"

Makan ketika Waktu Imsak

Kurma: Manisan membuka selera ketika berbuka puasa.

Hari ini sudah seminggu kita berpuasa, namun sebagai manusia yang lemah. Afham masih lagi gagal untuk mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Hari ini Afham bangun sahur seperti hari-hari yang lain. Namun ketika 5.40 pagi terdapat pencanggahan tentang makan ketika waktu imsak. Ada hamba ALLAH yang menegurku untuk berhenti makan dan minum. Afham tertanya-tanya pakah mereka tidak mempelajari ilmu ini. Disebabkan kekurangan ilmu, Afham tidak mampu untuk meletakkan hukum ketika pertengkaran tersebut dan hanya berdiam diri.

Selepas solat Subuh, Afham mula mengkaji Apakah maksud sebenar waktu imsak? Sahkah puasa seseorang itu sekiranya dia makan dan minum selepas waktu imsak dan berhenti sebelum azan subuh?.

Jawapan: Waktui imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh). Sah puasa bagi orang makan dan minum dalam waktu imsak.

Sumber Rujukan :
1. Islam dot Gov
2. Era Muslim

10 cara meraikan Ramadan

Allah berfirman: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah; 183)

RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan. Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus).

Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.


1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (Riwayat Bukhari).

2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau menggerakkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: “Solat, solat” sambil membaca ayat 132 dari surah Taha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.

3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (riwayat Tirmizi).

4. Menjamu makanan. Golongan salaf as-soleh amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan makanan ini dapat menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan.

Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke syurga Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat”. (riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Baginda bersabda lagi di dalam hadis yang lain: “Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang yang berpuasa itu”. (riwayat Ahmad).

5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf as-soleh khatam al-Quran ketika mengerjakan qiamullail pada malam bulan Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya seminggu sekali dan ada yang mengkhatamnya 10 hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. membaca surah al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat ke-6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam, beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya meneruskan bacaan berikutnya.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah selesai menunaikan solat subuh, baginda akan terus duduk di tempat solat baginda sehingga terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi, baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna”. Kata Sheikh Nasiruddin al-Bani: Hadith ini sahih.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

8. Mengerjakan umrah. Rasulullah SAW pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. (riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Rasulullah SAW akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.

Ubay bin Ka‘ab berkata: Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah SAW iaitu matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup. (riwayat Muslim).

10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.

Antaranya, waktu berbuka, sepertiga malam yang terakhir, waktu sahur dan hari Jumaat. Oleh yang demikian, para salaf as-soleh amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa.

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...