Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Angin Pasang

Hari ini saya ingin mempelajari apa yang dimaksudkan dengan angin pasang. Pencarian ini timbul setelah  mendegar masalah kesihatanyang dihadapi oleh rakan saya. Alhamdulillah beliau telah selesai menghadapi pembedahan. Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sedia kala.

Mengikut Harian Metro

Istilah angin pasang dikaitkan dengan benjolan mengandungi gumpalan usus yang kelihatan kembang kuncup dan membuatkan seolah-olah benjolan itu membesar dan kemudian surut. Ini berlaku akibat perjalanan angin dalam usus yang membuatkan usus bergerak dan mengembang.

Benjolan ini juga dikenali sebagai ‘hernia’, iaitu benjolan akibat kemasukan usus di mana tempat biasanya berada di dalam perut, kini terkeluar melalui pembukaan yang tidak normal dan masuk ke dalam satu ruang dan menjadi benjolan.

Lagi banyak usus itu masuk ke dalam ruang yang menjadi benjolan, lagi besar ia kelihatan. Mungkin tanda awal angin pasang itu berlaku ialah kemunculan benjolan yang tenggelam timbul di beberapa tempat yang dikenali mudah mendapat hernia seperti kerandut buah zakar, kelengkang dan pusat.

Benjolan itu akan kelihatan lebih jelas ketika berdiri, meneran dan selepas makan. Benjolan ini boleh disusutkan apabila usus dalam benjolan ini dapat ditolak masuk kembali ke dalam perut.

Namun cara ini hanya untuk seketika dan ia mungkin boleh terkeluar kembali selagi pembukaan antara perut dan benjolan itu kekal.

Jadi tiada cara berkesan untuk merawatnya kecuali dengan menutup pembukaan tidak normal itu. Rawatan tradisional, urutan atau ubat-ubatan herba, jampi serapah atau minyak urat tidak dapat membantu menyelesaikan masalah angin pasang.

Cara paling berkesan ialah ‘pembukaan’ yang dijelaskan tadi ditutup! Caranya ialah melalui pembedahan pembetulan. Dalam pembedahan ini, usus dalam benjolan dimasukkan kembali ke dalam perut melalui pembukaan yang wujud dan pembukaan itu ditutup.

Pembukaan yang berlaku sebenarnya ialah bahagian otot yang menampung usus dalam perut menjadi lemah lalu menyebabkan usus dalam perut terkeluar.

Apabila bahagian lemah itu diperkukuhkan kembali dan usus yang terkeluar dimasukkan ke tempat asalnya, hernia akan hilang dan tidak akan berlaku lagi.

 Pencarian lain : http://intim.wordpress.com/2007/11/13/hernia-angin-pasang-usus-terjulur-keluar/

Maaf sesama manusia


Syukur Alhamdulillah pada hari ini masuk 9 Ramadhan kita berpuasa, terasa cepat sungguh masa berlalu. Pada kali ini mungkin entri saya berbeza dengan entri-entri sebelum ini yang berkisar duniawi bisnes semata-mata. Entri ini berkait di dalam kita menjaga keaiban sesama manusia.

Mungkin sukar pada mulanya untuk menafsir isi hati seseorang individu. Adakah cukup 1 hari, 1 bulan, 1 tahun untuk kita mengenali budi pekerti seseorang. Terpulanglah individu itu sendiri. Tiada tips yang lebih baik melainkan berbuat baik sesama manusia.

Niat pada mulanya ingin bergurau dengan sekelip mata boleh menjadi perkara besar sehinggakan menjadi pergaduhan mulut, SMS dan lebih teruk lagi melibatkan kecederaan dan juga pembunuhan. Hal ini perlu dielakkan di dalam kita menjaga silaturrahim sesama manusia. Oleh yang demikian, walaupun kita bertindak betul sekali pun, untuk mengelakkan pergaduhan yang berpanjangan. Alangkah elok kiranya salah seorang berundur terlebih dahulu ataupun menyerah kalah bagi menjaga kedua-dua belah pihak. Sekiranya dua-dua keras kepala tidak mahu berundur. Perhubungan yang terjalin pasti menjadi renggang akhirnya putus dan musnah. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Keluasan keampunan Allah dan rahmat-Nya meliputi seluruh dosa orang bertaubat. Perkara itu dirakamkan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang sudah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).

Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:

1. Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
2. Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
3. Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
4. Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.

Sekian, terima kasih. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk datangnya dari diri saya.



Tips Menjadi Individu Menarik


Hari ini saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda.

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah, disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4. Mempunyai prinsip.

Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.

5. Mempunyai keyakinan diri

Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...