Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Bersangka baik lebih baik

Talam dua muka merupakan peribahasa yang biasa digunakan oleh Keluarga Malaysia (KM) khususnya bagi menunjukkan seseorang itu mempunyai yang bersikap kepura-puraan dalam apa jua tindakan yang dilaksanakan lebih-lebih dapat disedari berlaku melalui percakapan.  Bagaimana kita untuk membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai sikap sedemikian.  Hal tersebut boleh dibuktikan apabila berlaku percanggahan sesuatu maklumat. Sifat ini merupakan sikap yang negatif yang mana boleh merosakan perhubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.  Kadangkala ianya boleh berlaku ke atas diri kita tanpa kita sedari. 

Oleh yang demikian, apa yang perlu dilaksanakan sekiranya kita mengetahui yang mana kita berhadapan dengan seorang yang kita merasakan dia mempunyai tanda-tanda sikap sedemikian rupa.  Penulis juga sering berhadapan hal sedemikian. Bagi seseorang yang mempunyai sikap berdarah panas atau melawan atau rebel biasanya akan berlaku perselisihan dan pergaduhan. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan tersebut sebaliknya berikut adalah tips yang boleh anda lakukan tindakan yang wajar dilaksanakan:

1. Kekal bersabar. Sikap ini ramai sukar untuk melaksanakannya. Ini kerana setiap manusia ini mempunyai peringkat kesabaran untuk mengawalnya. Adalah lebih baik anda terus bersabar sabar dan terus bersabar untuk mengelaknya daripada berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih besar seterusnya.


2. Bersangka baik. Kita perlu bersangka dengannya walaupun dia cuba untuk menikam diri kita. Sebaliknya kita berserah kepada yang Maha Esa yang Maha Adil untuk memberi pertimbagan sewajarnya kelak. Ini kerana orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

3.  Cari kawan yang boleh dipercayai.  Ini adalah untuk sebagai langkah untuk mendapat khidmat nasihat ibarat kita berjumpa dengan kaunselor untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati kita selama ini.  

4. Terus humble. Tidak salah untuk kita terus humble. Humble ini sinonim dengan kata merendah diri kata arabnya adalah tawaduk. Kita semestinya terus ingat bahawa kita hidup di dunia ini adalah tidak selama-lamanya. 

Terpulang kepada saudara saudari untuk mengambilnya sesuatu langkah atau tidak. Namun perkara tersebut perlu dielakkan untuk kita turut serta dibelenggu sikap sedemikian. Moga-moga dijauhi kita dipelihara oleh Allah SWT. InsyaAllah.

31 Mei 22

AR



Bangun dari tidur


Setiap hari kita selalu leka dengan kerja harian, tapi ada tidak kita meluangkan sedikit masa untuk renung seketika setakat mana amalan yg bakal jd bekalan ke akhirat nanti? Saya dapat maklumat menerusi email. InsyaALLAH. Benda yang sedikit kita kongsi bersama..Mari kita sama-sama menilai diri kita..

Cuba anda check 1 persatu bermula dari anda bangun subuh....



1. Pukul berapa anda menunaikan solat subuh

2. Berapa lame anda berzikir dan berdoa

3. Kita berpakaian ke pejabat untuk menunjuk2 atau untuk menutup aurat?

4. Pandangan mata kita dipejabat

5. Percakapan kita dipejabat bersama rakan2

6. Pukul berapa solat zohor dilaksanakan

7. Berapa banyak peralatan pejabat yg anda gunakan untuk kegunaan peribadi?

8. Berapa lame mase yang anda bazirkan mengadap internet di waktu pejabat?

9. Solat asar lewat atau terlepas

10. Magrib di rumah atau di kedai makan

11. Di mana waktu anda membaca quran?

12. Kira berapa byk waktu anda menonton dari berzikir

13. Anda tidur sebelum solat atau tidur tanpa solat isya'

14. Adakah anda tidur dalam menutup aurat?

Gift from En Sebol - Tidak Mustahil

Salam and hello to my dearest readers, recently I already wrote one post entitled Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB to enter the competition sponsored by him. Alhamdulilah, because of rezki I got the saguhati prize from him. Thanks Encik Sebol.

Hari ini saya telah bersembang dengan seorang yang berpengalaman dan di dalam perbincangan tersebut beliau menyatakan, jangan meletakan perkataan mustahil untuk ke sesuatu kejayaan dan perjalanan. Ini kerana apabila mustahil diletakan. Ia seolah-olah menjadi penghalang kepada kita untuk terus mengecapi sesuatu kejayaan. Apa yang paling penting di dalam dunia ini, pengetahuan dan pengalaman ditambah dengan usaha membolehkan kita tidak mudah gentar terhadap cabaran hidup. Fikirku sejenak. Alangkah benar setiap kata yang disampaikan.

Jangan mengaku kalah terlalu awal sebelum mencuba.
" Kami berperang untuk mati " - kata beliau dengan penuh sinis.

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...