Perfectionist : Tanda dan Kesan


Perfectionist merupakan satu sikap yang sentiasa mahukan sesuatu itu kelihatan bukan hanya sempurna malah meletakkan sesuatu pada peringkat tertinggi kesempurnaan.  Ramai yang melihat dan menyangka bahawa sikap perfectionist ini merupakan sikap yang hebat dan boleh dipuji namun para pengkaji telah menemukan beberapa kesan yang berkemungkinan berlaku keatas diri anda yang bersikap perfectionist ini. 
Many of us believe perfectionism is a positive. But researchers are finding that it is nothing short of dangerous, leading to a long list of health problems – and that it’s on the rise. Sumber

Menurut pengkaji, banyak kesan sampingan yang akan berlaku sekiranya anda mempunyai sifat sedemikian. Ia boleh memberi kesan ke atas kesihatan, mental, fizikal dan sebagainya.  Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kesempurnaan yang melampau itumemerlukan masa yang lama dan panjang.  Ada berkemungkinan tindakan sedemikian boleh mengakibatkan anda terlepas waktu sarapan pagi tengahari mahupun malam.  Secara tidak langsung ia memberi kesan ke atas tubuh badan dan kesihatan. 

Sekiranya anda mempunyai staf sedemikian, sebagai bos sudah pasti anda akan berasa happy kerana anda memiliki aset yang sempurna. Namun jika sebaliknya pula anda mempunyai bos yang sempurna secara tidak langsung anda akan berasa bukan sedikit tekanan namun lebih pasti mendapat tekanan yang lebih. Khususnya sekiranya anda tidak mengetahui apa objektif yang bos kita mahukan. Ibarat buat salah tidak buat pun salah. 

Untuk menjadi kuat dalam menghadapi keadaan ini, apa yang boleh anda lakukan bila berhadapan bos sebegini dengan tindakan seperti berikut:

1. Terima seadanya dengan hati yang terbuka.

2. Belajar mengawal emosi sendiri.

3. Redha dengan segala ketentuan.

4. Bertindak positif.

Tips ini juga diambil kadang kala berat juga untuk dipraktiskan. Praktis No.4 teruskan bersikap positif anggap ianya cubaan. macam cerita Allahyarham P Ramlee (Al Fatihah). 



Be Cool Be Safe Ambil Jalan Tengah

AR

1 Jun 2022


Bersangka baik lebih baik

Talam dua muka merupakan peribahasa yang biasa digunakan oleh Keluarga Malaysia (KM) khususnya bagi menunjukkan seseorang itu mempunyai yang bersikap kepura-puraan dalam apa jua tindakan yang dilaksanakan lebih-lebih dapat disedari berlaku melalui percakapan.  Bagaimana kita untuk membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai sikap sedemikian.  Hal tersebut boleh dibuktikan apabila berlaku percanggahan sesuatu maklumat. Sifat ini merupakan sikap yang negatif yang mana boleh merosakan perhubungan silaturahim antara kedua-dua belah pihak.  Kadangkala ianya boleh berlaku ke atas diri kita tanpa kita sedari. 

Oleh yang demikian, apa yang perlu dilaksanakan sekiranya kita mengetahui yang mana kita berhadapan dengan seorang yang kita merasakan dia mempunyai tanda-tanda sikap sedemikian rupa.  Penulis juga sering berhadapan hal sedemikian. Bagi seseorang yang mempunyai sikap berdarah panas atau melawan atau rebel biasanya akan berlaku perselisihan dan pergaduhan. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan tersebut sebaliknya berikut adalah tips yang boleh anda lakukan tindakan yang wajar dilaksanakan:

1. Kekal bersabar. Sikap ini ramai sukar untuk melaksanakannya. Ini kerana setiap manusia ini mempunyai peringkat kesabaran untuk mengawalnya. Adalah lebih baik anda terus bersabar sabar dan terus bersabar untuk mengelaknya daripada berlaku perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk yang lebih besar seterusnya.


2. Bersangka baik. Kita perlu bersangka dengannya walaupun dia cuba untuk menikam diri kita. Sebaliknya kita berserah kepada yang Maha Esa yang Maha Adil untuk memberi pertimbagan sewajarnya kelak. Ini kerana orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang, kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” 
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

3.  Cari kawan yang boleh dipercayai.  Ini adalah untuk sebagai langkah untuk mendapat khidmat nasihat ibarat kita berjumpa dengan kaunselor untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hati kita selama ini.  

4. Terus humble. Tidak salah untuk kita terus humble. Humble ini sinonim dengan kata merendah diri kata arabnya adalah tawaduk. Kita semestinya terus ingat bahawa kita hidup di dunia ini adalah tidak selama-lamanya. 

Terpulang kepada saudara saudari untuk mengambilnya sesuatu langkah atau tidak. Namun perkara tersebut perlu dielakkan untuk kita turut serta dibelenggu sikap sedemikian. Moga-moga dijauhi kita dipelihara oleh Allah SWT. InsyaAllah.

31 Mei 22

AR



Ikigai - Tujuan Hidup

Image result for ikigai

Apa yang bermulanya hidup anda sewaktu anda bangun dari tidur. Satitstik menunjukkan 1 daripada 3 manusia tidak gembira akan keadaan hidupnya. Menurut orang Jepun, semua orang mempunyai apa yang mereka kehendaki dan ia dikenali sebagai Ikigai. Istilah ini terdiri daripada dua perkataan Jepun: iki merujuk kepada kehidupan, dan kai, yang bermaksud "realisasi apa yang diharapkan dan harapan". Atau apa panggilan Jepun itu "sebab untuk menjadi".

Powerful Habits


Source : https://medium.com/personal-growth/eight-simple-but-powerful-habits-that-will-make-you-more-successful-e3106e3d8420

1. Keep a schedule, even if it’s a rough one.
2. Keep your alarm clock on the opposite side of the bedroom.
3. Do one minute of bodyweight exercise, first thing in the morning.
4. Separate planning from execution.
5. When you’re feeling emotional, delay your response.
6. Clean up messes as soon as you make them.
7. Meditate for two minutes a day.
8. Plan your weekend on Thursday.

Kaedah Homeschooling di Malaysia


Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Post hari ini lebih menjurus kepada pelaksanaan Teknik Homeschooling atau Pembelajaran dari Rumah yang menjadikan ibu bapa sebagai tenaga pengajar atau tutor kepada anak-anak. Serba sedikit analisis dilakukan dalam memperhalusi pendekatan kaedah ini sama ada ianya bersesuaian ataupun tidak. Pastinya wujud kebaikan dan kekurangan dalam mengimplementasi seperti matlamat yang diharapkan oleh setiap ibu bapa. Walaubagaimana pun ia bergantung kemahiran ibubapa dalam mengolah pendekatan ini supaya kematangan tahap intektual dan spiritual lebih baik. Di sini sudah pastinya pembelajaran sepanjang hayat perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak ini supaya mereka terus mempunyai keinginan dan menceburi bidang-bidang yang mereka mahukan. Kaedah homeschooling yang sering diketengahkan banyak berbentuk pembangunan kendiri, keagamaan, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Rukun rukun Kehidupan

Image result for rukun

Setiap tahun sebagai umat Islam kita tetap menyambut Maal Hijrah. Kini 1437H sebagai sembolik penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah. Konsep penghijrahan ini telah memberi satu lembaran sinar kepada umat Islam akan perkembangan Agama Suci Islam di muka Bumi Allah SWT dengan berlunaskan rukun-rukun kehidupan seperti berikut:

1. Agama.
2. Nyawa.
3. Akal.
4. Keturunan.
5. Harta Benda.

Semoga tahun ini memberi satu suntikan kepada kita untuk berubah ke arah lebih baik. In Sha Allah.

Quote kata-kata dari Ustaz Dr Azahar bin Yaakub, Pensyarah Kanan UTM, KL

Nota Tazkirah - Sombong dilaknat Allah SWT

1. Kita merasakan yang kita ini hebat dalam melakukan ibadat dilaknat oleh Allah SWT.
Memuji diri gugur amalan yang dilakukan.

2. Bangga dan sombong dalam keturunannya.. suke menyebut berkenaan keturunan.. tidak ubah seperti Keturunan Bani Israel.

3. Sombong dan merasakan diri kita ini cantik dan memandang rendah dan memberi gelaran yg buruk orang lain yakni ciptaan Allah SWT.

4. Bangga dengan kekayaan dan memandang golongan yang kurang berupaya.

5. Sombong dengan ilmu.

Imam Hasan Al Banna

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...