Terpaksa
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa,
Solatlah walaupun keadaan terpaksa..✿
Puasalah walau keadaan terpaksa, Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa..✿
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~✿
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang..✿
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH ~✿
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..^_~
Solatlah walaupun keadaan terpaksa..✿
Puasalah walau keadaan terpaksa, Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa..✿
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~✿
Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang..✿
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH ~✿
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..^_~
Zina adalah biasa
Kepelikan sedikit melanda walaupun aku masih bujang. Walaupun sudah mengetahui bahawa kegiatan zina itu haram di sisi Islam. Namun sikap manusia yang ego terus melakukan zina dan menyangkakan perkara zina adalah bagi membantu wanita yang keadaan kegersangan. Pelik tetapi saya telah berhadapan rakan-rakan yang melakukan sedemikian. Nasihat pun tidak berguna lagi kerana nafsu mereka membuak-buak seperti anjing kelaparan tulang. Yang buruk lagi berlaku kepada mereka yang sudah berkahwin. Yang halal ada kan? Kenapa anda perlu mencari pasangan yang tidak sah untuk melakukan hubungan sulit ini. Membisu ketika. Coretan ini sekadar luahan kepelikan supaya anda mengasihani isteri anda, anak anda dan wanita-wanita. Yang wanita ni pun satu. Yang diikut kenapa! Masing-masing mahukan hubungan haram ini bukan. That's why gejala ini terjadi. Tidak akan terjadi perkara ini sekiranya bertepuk sebelah tangan. Marilah kita bersama-sama menjauhi gejala ini. InsyaALLAH.
Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.
Terjemahan Bacaan Solat
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Copy from Azizi
The power of God
This is one the power of God. Let's we try.
Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11,11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah.
Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11,11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Simpan emas, jana pendapatan sekali
💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...
-
erm..entah mengapa tetibe je nak menulis mende pelik2 nie. tetapi sekadar ingin berkongsi kepada anda sedikit input yang saya dengar semasa ...
-
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis ...
-
Tatkala tiba menjelang Ramadhan, Afham bersama rakan-rakan yang lain meluangkan masa makan tengahari terakhir bulan Ogos di Seoul Bulgogi ,...

