Zina adalah biasa


Kepelikan sedikit melanda walaupun aku masih bujang. Walaupun sudah mengetahui bahawa kegiatan zina itu haram di sisi Islam. Namun sikap manusia yang ego terus melakukan zina dan  menyangkakan perkara zina adalah bagi membantu wanita yang keadaan kegersangan. Pelik tetapi saya telah berhadapan rakan-rakan yang melakukan sedemikian. Nasihat pun tidak berguna lagi kerana nafsu mereka membuak-buak seperti anjing kelaparan tulang. Yang buruk lagi berlaku kepada mereka yang sudah berkahwin. Yang halal ada kan? Kenapa anda perlu mencari pasangan yang tidak sah untuk melakukan hubungan sulit ini. Membisu ketika. Coretan ini sekadar luahan kepelikan supaya anda mengasihani isteri anda, anak anda dan wanita-wanita. Yang wanita ni pun satu. Yang diikut kenapa! Masing-masing mahukan hubungan haram ini bukan. That's why gejala ini terjadi. Tidak akan  terjadi perkara ini sekiranya bertepuk sebelah tangan. Marilah kita bersama-sama menjauhi gejala ini. InsyaALLAH. 


Ini telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32yang bermaksud;

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.

Tawau, Sabah


I am here now. That's the latest news about me. Thanks for following my blog.

Terjemahan Bacaan Solat


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
Copy from Azizi

The power of God

This is one the power of God. Let's we try.

Tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11,11/1/11, 1/11/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1984, umurnya sekarang 27 pd tahun ini. Jadi, 84 + 27= 111..!!! Untuk pengetahuan semua, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah.

Syukur

Salam buat semua pembaca blog Afham Rahman. Syukur Alhamdulillah. Sedar tidak sedar esok kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Tinggal lagi separuh untuk kita meneruskan perjuangan. Perjuangan ini jauh berbeza dengan zaman nabi Muhammad yang sanggup berkorban dan berperang ketika berpuasa. Adakah iman kita sehebat para sahabat dan Nabi Muhammad? MasyaALLAH. Hebat!

Entri ini membuatku terfikir betapa indah nya hidup ini. Betapa besar nikmat Allah S.W.T kepada diriku. Nikmat yang paling besar yang tidak dapat ku gambarkan adalah kebesaranNya ialah nikmat Iman dan Islam. Tetapi sedih melihat masyarakat kita yang masih alpa dan sanggup bermegah melakukan maksiat. Sebentar tadi, saya ada berborak dengan hamba Allah.

A: Bro, puasa tak?
B: Hehe.. (Dengan nada diam sambil memegang bungkusan sandwich dan sekotak air). Rupa-rupanya dia tidak berpuasa.
A: Aiya, penat ke?
B: Aku musaffir.
A: Bukan jauh perjalanan naik flight. Sejam kot.
B: Hanya mendiamkan diri.

Begitulah keadaan umat Islam sekarang. Bagaimana usaha untuk menasihati golongan sebegini ya?

Harga Emas Terkini - 10 Ogos 2011

Salam hormat buat semua pembaca blog Afham Rahman. Beberapa jam yang lepas sebelum saya menulis entri ini, saya telah menerima khabar yang baik buat semua pelabur emas tidak kira emas jongkong, emas dinar, pemilik-pemilik emas persendirian menerusi twitter @afham yang mengatakan harga pasaran emas naik sehingga 600%. Oh ya. Sesiapa yang belum lagi menambah rakan twitter saya dialu-alukan meng'add' @afham.

Seakan tidak percaya mengenai hal yang dinyatakan. Saya cuba memeriksa kembali mengenai harga Maybank Gold Investment Account yang terkini. Jadi, ternyata ia cukup menakjubkan.

Harga Beli: 166.45/ gram.
Harga Jual: 174.55/ gram.

Oleh yang demikian memandangkan pelaburan emas ini merupakan pelaburan jangka masa panjang. Saya menegaskan bahawa saya tidak akan menjualnya ini pada ketika ini kerana saya percaya pastinya harga ini akan terus meningkat. Sekiranya harganya turun sekali pun, ia akan turun dengan nilai yang rendah dan tidak secara mendadak. Ada juga yang turut menasihati saya untuk kekal melabur dan menjualnya sekiranya memerlukannya. Oleh itu, terpulang kepada kebijaksanaan anda di dalam membuat keputusan untuk jual beli emas. Semoga anda bijak di dalam membuat pelaburan. InsyaALLAH.

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...