Tekanan

Setiap orang di dunia pasti mempunyai tekanan yang menimpa ke atas dirinya. Semua tekanan yang diberikan Tuhan merupakan ujian dariNya. Sama ada nikmat sihat atau nikmat sakit. Kesemuanya dugaan yang terpaksa kita tempuhi.

Sebentar tadi aku baru sahaja mendapat message dari hamba yang mengatakan beliau terlantar di hospital gara-gara tertekan dalam hidup. Mengapa keadaan ini berlaku ke atas dirinya? Setiap orang mempunyai tahap kawalan diri untuk mengawal tekanan yang dihadapi. Tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tidakan luar kawal oleh seseorang. Sebab itu ada yang diantara mereka yang tertekan ini mengambil jalan mudah membuat keputusan untuk bunuh diri. Bunuh diri bukanlah satu penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Bagi yang beragama Islam sudah pasti mengetahui hukum hakam bunuh diri adalah haram di sisi agama.

Kes yang kedua, hamba Allah ini seolah-olah tidak mampu untuk meneruskan hidup. Segala tindakan serba tidak menjadi dan menimbulkan masalah. Seharian beliau berdoa namun tuhan tidak memakbulkan doaNya. Adakah tuhan tidak melihat si hamba Allah ini? Soalan seperti ini tidak mampu dijawab oleh insan biasa seperti aku. Aku sekadar menasihati hamba ini berbalik kepada tuhan untuk membantunya.

756 malam
Alor Star

Fikir ke hadapan

Pemikiran aku kusut untuk memikirkan keadaan aktiviti yang perlu dilakukan di Pulau Labuan. Saban hari aku menghitung hari untuk perpindahan ke semenanjung. Apakan daya semua perancang sekadar mencurah air di daun keladi. Mungkin terlalu awal untuk diriku untuk mempersoalkan hal yang sedemikian. Walaubagaimanapun semua perjalanan perlu dilalui dengan apa cara sekali pun. Aku mengambil keputusan untuk menyambung master in business administration walaupun kini masih membiasakan dengan keadaan suasana pekerjaan. Namun itu tidak mustahil. Semuanya terletak atas kemahuanku sendiri. Doakan aku berjaya!!

1402
Afham

Ingin menjadi penulis Blog Arsenal Afham

Saya merupakan penyokong pasukan arsenal tahun 90-an. saya berminat untuk menyumbang penulisan berbentuk komentar perlawanan & pandangan umum terhadap pasukan arsenal di arsenalmalaysia.blogspot.com

email dari: encik_khairul@hotmail.com


Selamat mengunjungi Blog Penyokong Arsenal FC di Malaysia di
http://arsenalmalaysia.blogspot.com

Harapan Baru

Selamat Datang.

Mungkin anda berasa pelik mengapa saya membuat tindakan sebegini rupa dengan mengosongkan kembali blog yang sedia ada ini. Ini beberapa kesulitan yang tidak dapat punca permasalahannya. Oleh yang demikian saya reset kembali dan alhamdulillah alamat yang lama boleh digunakan kembali. Lagi pun blog secuci kain putih diharapkan dapat memberi semangat baru kepada saya untuk terus bekecimpung di dalam penulisan blog walaupun ketiadaan masa dan ketika.

Afham
4.19 pagi

Tinggalkan domain afhamrahman

Sekarang ada 30 hari tinggal untuk aku renew my domain. tiba2 mule rase bosan untuk menulis sesuatu. idea tidak keluar. tidak tahu keadaan ini berlaku ke atas diri. aku bukan lah penulis hebat untuk membicarakan sesuatu. ia sekadar untuk kepuasan diri. blog free rasenyer sudah memadai janji yang paling penting seseorang blogger sanggup untuk memberi sedikit masa untuk blog masing-masing. Pentingkah domain sendiri. ataupun sekadar untuk bermegah-megah bahawa dirinya ada own domain. misalnyer dot com, dot net atau dot my. Tapi mereka penggemar blog biasanya kepuasanlah lebih diutamakan kerana dengan adanya domain sendiri. ia lebih freedom to design their blog. kan2.

Kepuasan untuk menulis kian pudar. mungkin afham akan lupakan segalanya. dan akan terus bersama blogspot untuk mengukir sesuatu. minta pendapat anda?d

Fed Up dengan Planhoster

argh..

pening aku dengan plan hoster.

kengkadang ok. kengkadang bikin panas. leh lak hang.

nak kata high traffic tak de la pulak. bukan blog politik pun. hmm. memang masalah.

sib baik ade blog back up.

pe pendapat korang? tukar hosting ke? pe ke?

Hai O Marketing dan sistem piramid

Hye to all readers..
Balik jer dari lepak di Malindo Restoren..
Gara - gara dari ajak minum.. Sekali lagi aku terperangkap dengan satu business..Alamak..
Mula dengan berdiam diri..Oh Hai 0 Marketing..Ini kali kedua aku dengar ceramah yang sama..Erk..Aku bukan berpengalaman untuk menceburi bidang sedemikian rupa..Tapi ade gak knowledge pasal MLM ataupun sistem kaki..Ya..Yang berjaya pun ada..tp ramai yang tak berjaya..Mungkinkah sistem ini mampu membantu orang bawahan..Melainkan sistem MLM traditional yang boleh menolong orang bawahan..mengapa aku berkata sedemikian..Sistem Hai O sistem yang bukak 3 kaki.if kaki ini tidak bergerak..u boleh bukak kaki baru..Ni dah macam sistem piramid..yang betul pulun yang mampu mengejar keuntungan..Di pancing oula dengan produk Bio Aura..Produk aku tak sure mantap or tidak..Namun ada masuk TV..Tambah pula air di Labuan ni kotor..Mungkin produk ini menjadi laris di pasaran Labuan.. Maybe..1 lot 2000++, Oh my God..mahalnye..if oa 20000 buat loan..anda dapat pangkat..so u can go far..Uish tak mau la..walaupun diajak..because i am USANA distributor..bagi yang belum join..aku tak paksa n tak hasut..orang Hai O jangan marah k..Good Luck!!

-Afham-
0.58 ( waktu Labuan)

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...