Memaparkan catatan dengan label Meja Pengarang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meja Pengarang. Papar semua catatan

Jeratan Geng XXX E Mall Network

Sekadar ingin berkongsi cerita. Sebentar tadi aku baru sahaja menemani adik aku untuk berjumpa dengan rakannya. Dia cakap ada bisnes mahu bersembang. Aku bukanlah bijak mengenai bisnes-bisnes ini. Sekadar untuk menambah pengetahuan mengenai bisnes terbaru di pasaran gelap. Pada mulanya si kawan aku namakannya Mr XXX. Si XXX ni cakap die ade jual minyak gamat. Setelah order teh tarik minuman kegemaranku. Si XXX memulakan talk. Ternyata ia bisnes MLM. Aku sudah tegasnya beberapa tetapi kumpulannya menafikan apa yangku katakan. Sistem Paring RM100 dikatakan paling mahal setakat ini dengan buka 2 kaki. Cakap soal MLM ni. Malas aku nak ceritakan. Hanya 3 percent yang join MLM yang kaya.

Tu lain cerita, cara mereka closing tue. Bikin aku panas. Dan senantiasa merendahkan karier aku sebagai kakitangan kerajaan seolah-olah memperlekehkan kerjayaku sekarang ini dan hanya memperkatakan soal duit. Argh rimas aku memperkatakan soal duit. Si XXX berkata buat apa abang belajar. Pokok pangkalnya untuk duit juga kan? Seolah kerja yang mereka buat sahaja mampu menghasilkan pendapatan. Sesiapa yang masuk aku tak cakap mende nie tidak boleh menjana duit. Boleh. InsyaALLAH. Janji mesti kena dengan caranya. Apa2 pun Good Luck buat team XXX.

Afham
Ipoh
2 pagi

Rahsia Mencipta Pelan Bisnes

Relevankah bisnes menggunakan Facebook?

Sejak kebelakangan ini, facebook merupakan satu medium yang sering menjadi perhatian umum pada masa sekarang. Macam-macam perkaraOleh dengan itu tidak hairanlah ada yang mengambil kesempatan menggunakan kaedah ini menggunakan wadah ini sebagai landasan untuk mempromosi bisnes masing-masing. Mereka tidak salah. Mungkin kadang-kadang terasa rimas untuk melayan mereka ini. Ternyata bisnes yang dinyatakan memerlukan downline ataupun membina networking. Tanpa networking ini mereka patah dan melingkup ditengah jalan disebalik bebanan hutang. Jesteru itu, bagaimana untuk mengatasi masalah spam di kalangan mereka ini. Namun ada juga yang berjaya menggunakan kaedah ini. Sangat mudah bukan. Add as a friend dan spam message. Mungkin ini kaedah diajar oleh upline mereka untuk mencuri perhatian. Kerja dari Rumah katakan.

Lu Pikirlah Sendiri, Assalamualaikum - Kata Pujangga Abang Nabil ( Raja of Lawak)

0607 petang
Afham
Ipoh

Rahsia Mencipta Pelan Bisnes

Dunia sepi tanpa EPL - Bola Sepak

Hujung minggu ini terasa kesepian dan hilang punca khususnya bagi peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris. Liga Piala Malaysia apa kurangnya sudah melabuh tirainya. Kebiasaan di malam minggu seperti ini saya akan berada di hadapan kaca TV untuk melihat perlawanan bola yang berlangsung. Tunggu minggu hadapan untuk menghidupkan suasa bola sepak. Go Go Gunner!!- kata seorang penyokong setia Arsenal

Sekadar ini berkongsi dengan saudara sekalian. Sebentar sahaja tadi saya baru berjumpa dengan hamba ALLAH iaitu seorang rakan saya stesen bas Medan Gopeng. Sekadar borak-borak kosong kerana sudah lama tidak berjumpa dengan beliau dan di dalam perbincangan turut juga bersembang mengenai lubang-lubang bisnes terbaru. Yang paling mengejutkan saya di dalam percakapan beliau terselit dengan nasihat. Seakan tidak percaya hamba ALLAH ini sudah berubah menjadi insan lebih mengenal ALLAH SWT.

Whatever Apa yang kita lakukan, SOLAT JANGAN TINGGAL! - katanya dengan penuh yakin kepadaku.

Aku tidak mahu miskin

Pada hari ini, selesai sudah saya membaca sebuah buku yang bertajuk "Aku Tak Nak Miskin" yang ditulis oleh Dato' Dr Rusly Abdullah. Di dalam buku ini beliau mengajak kita bersama-sama untuk memartabatkan ekonomi dikalangan masayarakat Melayu. Di dalam penulisan beliau, beliau membuka minda orang Melayu untuk menceburi bidang pada ketika diketahui umum bangsa bukan Melayu menguasai sebahagian daripada ekonomi Malaysia. Perniagaan merupakan salah satu bidang yang perlu diambil perhatian kerana ramai bumiputera yang kurang selesa untuk berniaga.

Saya tertarik dengan mutiara kata yang terdapat di dalam buku ini bahawa:
Majoriti orang Melayu "makan gaji" sedangkan orang bukan melayu adalah majikan yang "membayar gaji"
Ungkapan sedemikian memberi tamparan hebat buat kakitangan awam khususnya. Namun, tidak semua mempunyai pemikiran yang sedemikian, ada yang diantara mereka yang mengambil kesempatan untuk melakukan perniagaan sampingan. Sesuai dengan sabda Rasulullah:
9/10 dari pintu-pintu rezeki di dalam perniagaan. 1/10 daripadanya adalah pertanian dan perternakan.
Moga-moga apa yang disampaikan dapat memberi sedikit iktibar dan disampaikan kepada mereka yang tidak kesempatan membaca blog ini. Bagi saya buku ini wajib dibaca oleh semua golongan terutama guru dan ibubapa supaya kita dapat lihat apa yang perlu kita lakukan untuk anak kita supaya bangsa kita tidak terus melukut di tepi gantang.

Aku seorang Jutawan Segera


Setiap orang apabila dikata mengenai Jutawan. Semua manusia normal mahukan kekayaan. Kekayaan bukan sesuatu status yang sukar dicapai namun melalui MLM mungkin ada yang dapat mengecapi status tersebut.

Sebentar tadi aku bersembang kosong dengan rakan yang mahu menceburi bidang ini. Aku tidak salahkan untuk masuk. Tetapi dengan syarat. Jangan persia-siakan peluang yang ada. Sekadar memberi nasihat. Bukan tidak berminat dengan bisnes ini. Bukan tidak mahu berjaya. Bak kata orang yang mengalah awal merupakan orang yang gagal. Perbetulkan ayat ini menjadi. Berfikir baik buruk sebelum melakukan sesuatu tindakan. Faktor dalaman dan luaran perlu diambil kira untuk mengecapi kejayaan.

Kegagalan demi kegagalan adalah ibarat sekolah kehidupan anda. Semakin banyak anda gagal, bererti semakin banyaklah ilmu Anda. Semakin anda banyak gagal, bererti semakin tinggilah sekolah anda. Kebanyakan orang berjaya di dunia bukan kerana lulus dari pengajian tetapi kerana lulus dari sekolah kehidupan. Jalani sekolah kehidupan sampai anda lulus. Namun jika kita tidak dapat memetik hasil usaha kita di dunia, insya Allah kita akan memetiknya di akhirat kelak. Tidak ada usaha yang sia-sia jika kita benar-benar ikhlas. Petik dari blog Tips Kekuatan Minda

Tekanan

Setiap orang di dunia pasti mempunyai tekanan yang menimpa ke atas dirinya. Semua tekanan yang diberikan Tuhan merupakan ujian dariNya. Sama ada nikmat sihat atau nikmat sakit. Kesemuanya dugaan yang terpaksa kita tempuhi.

Sebentar tadi aku baru sahaja mendapat message dari hamba yang mengatakan beliau terlantar di hospital gara-gara tertekan dalam hidup. Mengapa keadaan ini berlaku ke atas dirinya? Setiap orang mempunyai tahap kawalan diri untuk mengawal tekanan yang dihadapi. Tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tidakan luar kawal oleh seseorang. Sebab itu ada yang diantara mereka yang tertekan ini mengambil jalan mudah membuat keputusan untuk bunuh diri. Bunuh diri bukanlah satu penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Bagi yang beragama Islam sudah pasti mengetahui hukum hakam bunuh diri adalah haram di sisi agama.

Kes yang kedua, hamba Allah ini seolah-olah tidak mampu untuk meneruskan hidup. Segala tindakan serba tidak menjadi dan menimbulkan masalah. Seharian beliau berdoa namun tuhan tidak memakbulkan doaNya. Adakah tuhan tidak melihat si hamba Allah ini? Soalan seperti ini tidak mampu dijawab oleh insan biasa seperti aku. Aku sekadar menasihati hamba ini berbalik kepada tuhan untuk membantunya.

756 malam
Alor Star

Fed Up dengan Planhoster

argh..

pening aku dengan plan hoster.

kengkadang ok. kengkadang bikin panas. leh lak hang.

nak kata high traffic tak de la pulak. bukan blog politik pun. hmm. memang masalah.

sib baik ade blog back up.

pe pendapat korang? tukar hosting ke? pe ke?

Hai O Marketing dan sistem piramid

Hye to all readers..
Balik jer dari lepak di Malindo Restoren..
Gara - gara dari ajak minum.. Sekali lagi aku terperangkap dengan satu business..Alamak..
Mula dengan berdiam diri..Oh Hai 0 Marketing..Ini kali kedua aku dengar ceramah yang sama..Erk..Aku bukan berpengalaman untuk menceburi bidang sedemikian rupa..Tapi ade gak knowledge pasal MLM ataupun sistem kaki..Ya..Yang berjaya pun ada..tp ramai yang tak berjaya..Mungkinkah sistem ini mampu membantu orang bawahan..Melainkan sistem MLM traditional yang boleh menolong orang bawahan..mengapa aku berkata sedemikian..Sistem Hai O sistem yang bukak 3 kaki.if kaki ini tidak bergerak..u boleh bukak kaki baru..Ni dah macam sistem piramid..yang betul pulun yang mampu mengejar keuntungan..Di pancing oula dengan produk Bio Aura..Produk aku tak sure mantap or tidak..Namun ada masuk TV..Tambah pula air di Labuan ni kotor..Mungkin produk ini menjadi laris di pasaran Labuan.. Maybe..1 lot 2000++, Oh my God..mahalnye..if oa 20000 buat loan..anda dapat pangkat..so u can go far..Uish tak mau la..walaupun diajak..because i am USANA distributor..bagi yang belum join..aku tak paksa n tak hasut..orang Hai O jangan marah k..Good Luck!!

-Afham-
0.58 ( waktu Labuan)

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...