Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Mohon maaf pada 1 Syawal

Bila kedatangan Syawal, pastinya ramai yang saling memohon maaf antara satu dengan lain. Ada insan yang masih mengutus surat dan kiriman kad raya untuk mengutus salam maaf zahir dan batin. Kiriman kad raya tidaklah begitu popular di zaman cyber mungkin memerlukan kos yang tinggi. Kad RM 1.00 manakala Setem RM0.30 Jadi total RM 1.30.

Bagi golongan yang mempunyai handphone tidak kira samaada murah atau mahal, penggunaan perkidmatan sistem pesanan ringkas iaitu SMS sudah sinonim dan begitu popular pada masa sekarang. Sehingga Maxis, Celcom dan Digi tidak dapat menghasilkan perkhidmatan terbaik di malam raya. Satu mata ganjaran Maxis sudah cukup untuk memohon maaf kepada rakan-rakan ataupun sanak saudara. Bagi penggemar internet, kemudahan ekad yang mempunyai corak berwarna warni turut menjadi pengganti kad raya pada masa kini. Percuma Mudah Rigkas. Hanya perlu copy paste coding tertentu dan hantar kepada sesiapa menerusi email. Persoalan yang timbul. Afham terfikir sebentar tadi.
Mengapa perlu menunggu Bulan Syawal untuk memohon maaf dan menziarahi kubur. Mengapa tidak di bulan-bulan lain. Adakah ia sesuatu tradisi yang dilakukan oleh umat Islam dahulu kala. Mungkin ada sirah yang Afham masi belum baca. Ada sesiapa yang mengetahui sila tampil untuk memberi keterangan. Sekian

Afham,
Ipoh Perak,
2.57 pagi.



Duit Raya dari En_me

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sekembalinya Afham di Ipoh dari Kuala Lumpur memang amat dinantikan. Cuti Hari Raya. Pastinya ramai yang akan bergegas pulang ke kampung. Afham turut mengambil peluang yang ada untuk ke kampung halaman.

Setibanya di dalam rumah. Mama bertanya. Cek apa yang kamu dapat, Afham?. Afham kelihatan konfius seketika dan membelek Pos Ekspress yang diberikan oleh Mama. Rupa-rupanya itu kad hari raya dan BSN Cenderahati Premium sebanyak RM20.00 dari En_me - Blog Memang Lumayan

Terima Kasih kepada en_me kerana bermurah hati memberi duit raya kepada mereka yang bertuah. Semoga Tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki beliau. InsyaALLAH.

Selamat Hari Raya 1429H

Assalamualaikum,

E Kad ini khas buat rakan-rakan blogger yang beragama Islam yang akan merayakan hari gemilang buat umat Islam. Segala salah dan silap didahului dengan jutaaan maaf zahir dan batin. Semoga raya pada kali memberi satu kemanisan di dalam hidup kita. InsyaALLAH.

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...