Nota Tazkirah - Sombong dilaknat Allah SWT

1. Kita merasakan yang kita ini hebat dalam melakukan ibadat dilaknat oleh Allah SWT.
Memuji diri gugur amalan yang dilakukan.

2. Bangga dan sombong dalam keturunannya.. suke menyebut berkenaan keturunan.. tidak ubah seperti Keturunan Bani Israel.

3. Sombong dan merasakan diri kita ini cantik dan memandang rendah dan memberi gelaran yg buruk orang lain yakni ciptaan Allah SWT.

4. Bangga dengan kekayaan dan memandang golongan yang kurang berupaya.

5. Sombong dengan ilmu.

Imam Hasan Al Banna

Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya

Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrnya tak boleh

Nota Tazkirah Taqwa

takut kpd allah maksud takut iaitu berasa bimbang terhadap perkara yang tidak disukai padanya berlaku pd dirinya masa depan iaitu di hari akhirat.. dimana kita berada.. ada Allah swt..

elemen takwa
al khasyah takut yg lahir dr kenal Allah Swt perasaan biasa wujud pada ulama..

rahbah perasaan gerun

wajlah org yg memuliakan apa yg didapat dengan perasaan gementar..
haibah hebat rasa gerun kepada Allah.. penyakit yg berlaku kini ialah takut pada manusia lebih takut drpd Allah..

tanda org bertaqwa..
1. melaksanakan yg disuruh. 2.segera taubat.
3.komitmen segala suruhan.

Nota Tazkirah Ustaz Dr Hosni Tmn Hiburan

mesir berkhidmat dgn tunutan yahudi.. ibadah kita x leh putus dgn perjuangan islam.. israel sdh planning jauh spy tidak kita tidak bersatu dan dinyahkan dgn fahaman islam sebenar.. kita solat tapi masih lakukan maksiat. tidak mencapai takwa.. apa yg kita lakukan mesti ada maksud dan tujuan.. kita merupakan hamba kepada Allah swt..
kata dr saidina ali..
1.takut kpd Allah swt..perlu ada perubahan..
2.beramal perkara yg dturun ō Allah..rujuk kpd surah al kahfi 1503-106..
3. redha kpd rezki kurniaan Allah swt..

Nota Tazkirah - Hari Naqbah

Hari naqbah ialah hari peristiwa hitam kirenyer hari merdeka bagi masyarakat israel pada 15 mei tiap tahun mereka berpesta.. tahun ini 2014 genap 66 tahun bumi gaza di kepung..kekuatan mereka 2 juta shj..

Umat islam sekarang cinta dunia takut mati.. sesungguhnya amalan kita dilihat pada hujung pangkal..jgn kita tgk amal yg lepas.. tgk cara kita mati nnti.. wallahuaklam..kene istiqamah sehingga kita mati.. xleh rasa kenyang ilmu yg kita ada sekarang..azab kubur kita kene yakin..sblm tahyat akhir doa tuk parent kita..beramal sebanyak mungkin sebelum terlewat..

semoga memberi manfaat kepada diri sendiri terutamanya dan anda semua..

Ahmad Ammar Turki

Hati ini tergerak unutk mengukir sesuatu, setelah melihat beberapa kisah sejarah Ahmad Ammar Ahmad Azam bermulanya kehidupan beliau sehingga dikebumikan. Runtun hatiku, berlinangan air mataku di kala melihat video seorang pemuda yang mempunyai jiwa yang besar di dalam memperjuangkan dan menegakkan agama suci Islam.Saksikan video Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam :




Bukti Saintifik Rumpai Laut - Berita Harian

Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.

Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

INFO: Rumpai laut
* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut.

Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...