Alam Bukti Tuhan Itu Wujud

Alam Bukti Tuhan Itu Wujud

Alhamdulillah, baru-baru ini saya selesai menjalankan tanggungjawab sebagai event manager di sebuah majlis yang berlangsung di lokasi yang menghadap laut. Ketika melangkah ke lokasi, saya disambut dengan suasana yang begitu tenang. Alunan ombak yang bergulung di pantai, sinaran matahari yang menyinari bumi, dan angin sepoi-sepoi bahasa menambah ketenangan dalam diri. Sungguh, nikmatnya mencipta kedamaian dalam jiwa.

Namun, dalam ketenangan itu, timbul pula persoalan: Siapakah pemilik segala ini? Bila alam semesta ini dicipta? Mengapa ia diciptakan? Bagaimana ia boleh wujud dengan segala keteraturan yang menakjubkan? Banyak pertanyaan yang berlegar di fikiran saya, namun satu perkara yang pasti, segala ciptaan ini bukanlah terjadi secara kebetulan. Semua ini pastinya dicipta dengan tujuan yang jelas.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemelihara dan Mentadbirkan sekalian alam, seperti yang termaktub dalam Surah Al-Fatihah, Ayat 2. Helaian pertama Al Quran menjadi jawapan kepada segala persoalan itu terungkai. Segala ciptaan di alam ini adalah bukti nyata akan kewujudan Tuhan yang Maha Agung, yang mencipta segala sesuatu dengan tujuan yang sempurna. Alam ini adalah tanda kekuasaan-Nya, yang memberi petunjuk bahawa setiap yang wujud di dunia ini mempunyai pencipta yang Maha Berkuasa.

Simpanan Emas Untuk Ibadah Haji

Ingin Tunaikan Haji? Mulakan Simpanan Emas Hari Ini!

Salah satu impian terbesar kita adalah menunaikan haji, tapi cabaran kewangan sering jadi penghalang. Untuk pastikan impian ini tercapai, apa langkah bijak yang boleh kita ambil?

Simpan emas!

Kenapa emas?

⚡Kalis inflasi – Nilai emas tidak merosot seperti wang tunai.

⚡Mudah dicairkan – Bila tiba masanya, emas boleh dijual untuk menampung kos haji.

⚡Lebih sukar dibelanjakan – Secara psikologi, kita lebih berhati-hati bila menyimpan emas.

Mulakan simpanan emas sedikit demi sedikit, walaupun dengan jumlah kecil. Setelah bekerja, teruskan tabungan emas dengan lebih konsisten. Apabila cukup gram emas, anda boleh gunakan untuk merealisasikan impian menunaikan haji.

Dengan pengurusan kewangan yang baik, insyaAllah, jalan ke Mekah akan lebih mudah! 🕋

#SimpanEmas #PerancanganHaji #ImpianKeMekah #TabungEmas


Afham AR

Harga emas turun RM1

⚡"Harga emas turun RM1 compare semalam! ⚡️

Sekarang masa terbaik untuk tambah koleksi emas anda! 📉 Harga emas sedang turun, ini peluang untuk anda beli pada harga lebih rendah!

💰 Emas: Pelaburan bijak untuk masa depan 🔥 Stok terhad, cepat sebelum harga naik semula!

PM saya sekarang untuk info lanjut berhubung KAB Goldynamics Sdn. Bhd. . 

Jangan lepaskan peluang ni! ⏳"

Mulakan simpanan emas dengan KAB Gold
Klik 👇 

#afhamar

Pengenalan Emas KAB Gold

KAB Gold adalah platform pelaburan emas milik penuh Bumiputera Islam yang patuh Syariah. 

Anda boleh memulakan simpanan emas serendah 0.25 gram tanpa yuran keahlian atau caj simpanan. Emas boleh dibeli dan dijual secara mudah 24/7, serta boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal. 

Kelebihannya termasuk spread rendah (6-9%) dan diterima di kebanyakan Ar-Rahnu. Sesuai sebagai aset jangka panjang, kalis inflasi, dan boleh diwarisi. 

Mulakan simpanan emas anda sekarang!

Daftar akaun KAB Gold secara percuma.

#SimpananEmas #PelaburanPatuhSyariah #KABGold

Keterangan lanjut : uncangemas.com

Persoalan Struktur Organisasi Standard


Susah juga untuk mencari rujukan yang sewajar dalam membangunkan struktur organisasi yang standard, kukuh, praktikal dan efektif. Setiap organisasi mempunyai peranan tersendiri serta unik bagi pengoperasian industri, penawaran perkhidmatan dan produktiviti perniagaan masing-masing dalam mencapai misi dan visi sesebuah organisasi.

Kebiasaannya struktur dibangunkan berdasarkan fungsi yang akan dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi. Setiap fungsi tersebut sudah pasti mempunyai tenaga kerja untuk melaksanakan aktiviti dan peranan masing-masing dengan jelas.  Manakala, setiap tenaga kerja atau sumber manusia perlu dikira dalam memastikan tiada lebihan sumber kakitangan yang boleh memberi kesan ke atas keuntungan atau menjejaskan sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan sesebuah organisasi.

Setiap tenaga kerja juga perlu mempunyai job description atau portfolio untuk melaksanakan sebarang penugasan secara sistematik mengikut masa, harian, bulanan dan tahunan. Keadaan ini boleh mengoptimakan penggunaan sumber manusia di dalam sesebuah organisasi. Justeru, tidak wujud ada yang menikmati masa di tempat kerja membuat hal-hal persendirian berbanding organisasi.

Oleh yang demikian, struktur organisasi dan sumber perlu dikemaskini dan sentiasa dinamik mengikut bebanan penugasan dan arus pemodenan teknologi bagi menghasilkan satu struktur organisasi yang mampan dalam mendukung visi dan misi organisasi.

Saya dengan rendah diri mengalu-alukan sebarang cadangan dan juga komen atau rujukan untuk kita sama-sama berkongsi dalam membuat penggiraan jumlah tenaga kerja sesebuah organisasi.

AR

Rezki itu pasti ada


Ada yang termenung
Ada yang terfikir
Ada yang terkesima
Ada yang murung
Ada yang sedih
Ada yang mengalirkan air mata

Ini antara mimik suram menandakan nasib tidak menyebelahi anda.

Kita seharusnya yakin apa yang telah dirancang. Walau seperinci mana perancangan dan usaha yamg kita buat namun kiranya tidak diizinkan ia tidak akan terlaksana. Mungkin ada hikmah yang tersirat disebalik ketetapan itu.

Yakin yakin yakin dan terus yakin dan usaha. Pasti ada rezki anda dikemudian hari. Mungkin tidak hari ini, mungkin tidak esok, mungkin tidak lusa, mungkin tidak tahun hadapan dan seterusnya. Teruskan berdoa pada Yang Esa. Ada yang terbaik menanti anda. InsyaAllah. 
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Surah Ar Ra'd Ayat 11

Tips untuk bangkit semula. 

https://tzkrh.com/7-tips-pantas-bangkit-selepas-anda-gagal/

 Ikhlas

AR



 

Perfectionist : Tanda dan Kesan


Perfectionist merupakan satu sikap yang sentiasa mahukan sesuatu itu kelihatan bukan hanya sempurna malah meletakkan sesuatu pada peringkat tertinggi kesempurnaan.  Ramai yang melihat dan menyangka bahawa sikap perfectionist ini merupakan sikap yang hebat dan boleh dipuji namun para pengkaji telah menemukan beberapa kesan yang berkemungkinan berlaku keatas diri anda yang bersikap perfectionist ini. 
Many of us believe perfectionism is a positive. But researchers are finding that it is nothing short of dangerous, leading to a long list of health problems – and that it’s on the rise. Sumber

Menurut pengkaji, banyak kesan sampingan yang akan berlaku sekiranya anda mempunyai sifat sedemikian. Ia boleh memberi kesan ke atas kesihatan, mental, fizikal dan sebagainya.  Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kesempurnaan yang melampau itumemerlukan masa yang lama dan panjang.  Ada berkemungkinan tindakan sedemikian boleh mengakibatkan anda terlepas waktu sarapan pagi tengahari mahupun malam.  Secara tidak langsung ia memberi kesan ke atas tubuh badan dan kesihatan. 

Sekiranya anda mempunyai staf sedemikian, sebagai bos sudah pasti anda akan berasa happy kerana anda memiliki aset yang sempurna. Namun jika sebaliknya pula anda mempunyai bos yang sempurna secara tidak langsung anda akan berasa bukan sedikit tekanan namun lebih pasti mendapat tekanan yang lebih. Khususnya sekiranya anda tidak mengetahui apa objektif yang bos kita mahukan. Ibarat buat salah tidak buat pun salah. 

Untuk menjadi kuat dalam menghadapi keadaan ini, apa yang boleh anda lakukan bila berhadapan bos sebegini dengan tindakan seperti berikut:

1. Terima seadanya dengan hati yang terbuka.

2. Belajar mengawal emosi sendiri.

3. Redha dengan segala ketentuan.

4. Bertindak positif.

Tips ini juga diambil kadang kala berat juga untuk dipraktiskan. Praktis No.4 teruskan bersikap positif anggap ianya cubaan. macam cerita Allahyarham P Ramlee (Al Fatihah). 



Be Cool Be Safe Ambil Jalan Tengah

AR

1 Jun 2022


Simpan emas, jana pendapatan sekali

  💡 Simpan emas, jana pendapatan sekali? Kenapa tidak? Saya mula dengan simpan sikit-sikit... Lama-lama belajar, bertindak, dan alhamd...