Cara Penggunaan Kolagen Rumpai Laut

Cara Basuh Dan Penggunaannya
1.Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
2.Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
3.Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
4.Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
5.Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
6.Boleh juga dicampurkan dengan madu/gula batu/gula merah/ginseng
7.Campurkan sedikit tepung gandum dan asam keping sekiranya perlu untuk hilangkan bau hanyir laut

Cara Membuat Masker Pure Marine Collagen (Pernah disiarkan dalam rancangan Nona di TV3 20 mei 2012)
1.Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
2.Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
3.Bersihkan muka terlebih dahulu
4.Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
5.Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
6.Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
7.Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

Cara Membuat Minuman Dari Pure Marine Collagen
1.Campurkan 2 ke 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren.
2.Khasiatnya 10 kali ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM 300)
3.Khasiatnya sama dengan sarang burung layang-layang (RM 400 hingga Ribuan)
4.24% kologen ini bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang.
5.Boleh bertahan sehingga 3 ke 4 minggu

PERINGATAN:
jika kolagen kering anda menunjukkan pertumbuhan kristal putih seakan2 kulat,sebenarnya ia bukan kulat!
ianya merupakan hablur garam laut iodin yg terhasil bila mana suhu lembap..
ianya blh di buang dgn membasuh sebelum di rebus..
jangan panik kerana ini merupakan ciri2 kolagen marine asli

CARA2 PENYEDIAAN:
-basuh hingga bersih...
-rendam 8jam/semalaman...
-basuh lagi dan tapis..

1)untuk di jadikan seperti agar2:
-campurkan kolagen dgn air dan rebus dgn api sederhana sehingga kolagen cair
-boleh juga di masukkan daun pandan supaya berbau harum.
-kolagen yg sudah cair,masukkan dalam tupware dan sejukkan
-kemudian di simpan dalam peti ais (keluarkan bila nak makan)

 2)untuk di campur dalam masakan
-kolagen yg sudah di rendam semalaman
 -celur dgn air panas
 -potong2 jika terlalu panjang.
 -dan boleh la di campur dgn kerabu,sambal atau apa saja jenis makanan yg bersesuaian..

CARA MAKAN KOLAGEN YG SUDAH DI MASAK MENJADI AGAR2 TADI:
-ambil 2,3 sudu setiap pagi sebaiknya sebelum sarapan dan waktu malam sebelum masuk tidur
 boleh di makan begitu sahaja atau di campur ke dalam minuman.
-elakkan minum kopi,teh dan minuman berkafein atau berkarbonat 3jam selepas pengambilan kolagen 
 sbb ianya boleh menyerap vitamin C,kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dlm badan kita.
-perbanyakkan minum air kosong,sekurang2nya 2,3gelas sehari..

p/s:kalau x lalu nak makan kolagen yg di rebus asli tanpa apa2 campuran td,
      anda juga boleh meletakkan sedikit gula ke dalam kolagen yg sedang di rebus,
      atau di campur dgn pati sirap,oren dan sbgnya..
      tapi yg ni xboleh di buat utk masker,losyen atau lulur ye,sbb dah manis..:)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gathering di Nashmir Ipoh

Own URL domain in blogspot hosting