Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Tekanan

Setiap orang di dunia pasti mempunyai tekanan yang menimpa ke atas dirinya. Semua tekanan yang diberikan Tuhan merupakan ujian dariNya. Sama ada nikmat sihat atau nikmat sakit. Kesemuanya dugaan yang terpaksa kita tempuhi. Sebentar tadi aku baru sahaja mendapat message dari hamba yang mengatakan beliau terlantar di hospital gara-gara tertekan dalam hidup. Mengapa keadaan ini berlaku ke atas dirinya? Setiap orang mempunyai tahap kawalan diri untuk mengawal tekanan yang dihadapi. Tekanan yang keterlaluan boleh menyebabkan tidakan luar kawal oleh seseorang. Sebab itu ada yang diantara mereka yang tertekan ini mengambil jalan mudah membuat keputusan untuk bunuh diri. Bunuh diri bukanlah satu penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Bagi yang beragama Islam sudah pasti mengetahui hukum hakam bunuh diri adalah haram di sisi agama. Kes yang kedua, hamba Allah ini seolah-olah tidak mampu untuk meneruskan hidup. Segala tindakan serba tidak menjadi dan menimbulkan masalah. Seharian

Fikir ke hadapan

Pemikiran aku kusut untuk memikirkan keadaan aktiviti yang perlu dilakukan di Pulau Labuan. Saban hari aku menghitung hari untuk perpindahan ke semenanjung. Apakan daya semua perancang sekadar mencurah air di daun keladi. Mungkin terlalu awal untuk diriku untuk mempersoalkan hal yang sedemikian. Walaubagaimanapun semua perjalanan perlu dilalui dengan apa cara sekali pun. Aku mengambil keputusan untuk menyambung master in business administration walaupun kini masih membiasakan dengan keadaan suasana pekerjaan. Namun itu tidak mustahil. Semuanya terletak atas kemahuanku sendiri. Doakan aku berjaya!! 1402 Afham