Hye to all readers..
Balik jer dari lepak di Malindo Restoren..
Gara - gara dari ajak minum.. Sekali lagi aku terperangkap dengan satu business..Alamak..
Mula dengan berdiam diri..Oh Hai 0 Marketing..Ini kali kedua aku dengar ceramah yang sama..Erk..Aku bukan berpengalaman untuk menceburi bidang sedemikian rupa..Tapi ade gak knowledge pasal MLM ataupun sistem kaki..Ya..Yang berjaya pun ada..tp ramai yang tak berjaya..Mungkinkah sistem ini mampu membantu orang bawahan..Melainkan sistem MLM traditional yang boleh menolong orang bawahan..mengapa aku berkata sedemikian..Sistem Hai O sistem yang bukak 3 kaki.if kaki ini tidak bergerak..u boleh bukak kaki baru..Ni dah macam sistem piramid..yang betul pulun yang mampu mengejar keuntungan..Di pancing oula dengan produk Bio Aura..Produk aku tak sure mantap or tidak..Namun ada masuk TV..Tambah pula air di Labuan ni kotor..Mungkin produk ini menjadi laris di pasaran Labuan.. Maybe..1 lot 2000++, Oh my God..mahalnye..if oa 20000 buat loan..anda dapat pangkat..so u can go far..Uish tak mau la..walaupun diajak..because i am USANA distributor..bagi yang belum join..aku tak paksa n tak hasut..orang Hai O jangan marah k..Good Luck!!
-Afham-
0.58 ( waktu Labuan)
Sunday, July 5, 2009
Hai O Marketing dan sistem piramid
Labels: Meja Pengarang
Posted by Afham Abdul Rahman at 9:38 AM 0 comments Links to this post
Friday, July 3, 2009
Alhamdulillah
Keluarga tunaikan hasrat Mikaeel, majlis pengebumian 7 Julai
LOS ANGELES: Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam.
"Keluarganya menimbang pengebumian mengikut Islam kerana mereka percaya Michael mahu dikebumikan mengikut agama barunya," lapor laman web aceshowbiz yang memetik sumber sebagai berkata.
"Abang penyanyi itu, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz, menerangkan kepada keluarganya mengenai pengebumian menurut Islam kerana berasa penting jenazah adiknya disempurnakan dengan cara Islam," kata sumber itu.
Di sebalik laporan terdahulu majlis memperingati secara umum dan peribadi untuk penyanyi itu ditetapkan pada minggu ini, tiada pengesahan rasmi daripada keluarga Jackson mengenai lokasi pengebumiannya.
Bagaimanapun, aceshowbiz turut melaporkan bahawa pengebumian akan berlangsung pada 7 Julai ini.
Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles, beberapa tahun selepas menyuarakan minatnya untuk menjadi penganut agama suci itu.
Beliau kemudian menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki.
Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles.
Jackson mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran dikatakan menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya.
Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.
Selepas penyanyi itu dilaporkan memeluk Islam, Jermaine memberitahu wartawan, adiknya mula tertarik kepada agama itu sejak 1989. - Agensi
Labels: Islam
Posted by Afham Abdul Rahman at 5:09 AM 0 comments Links to this post
Wednesday, July 1, 2009
Doa kekuatan diri
Hah...
Penat sungguh untuk menulis..
Walaupun hanya seketika di dalam sibuk bekerja..Mudah- mudahan memberi input kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang singkat ini..6 hari di Labuan merupakan tempoh yang singkat di sini..Apa yang aku lihat di sini..ialah..
keindahan tuhan yang maha pencinta alam..awan biru teguh berdiri..pantai hijau..hembusan pantai..di sebalik keagungan ini..terselit kemaksiatan yang mungkin kita tidak sedari..
oh seronoknya buat kaki judi dan kaki perempuan..bersepah sepah kelab malam di sini..ayam pun banyak...dari sabah!! indonesia!! tak kira surabaya!! lagi menarik filipina..ya..memang cantik..terpulang kepada mereka untuk menghitung yang mana satu baik dan mana satu yang buruk..
berikanlah kekuatan kepadaku Ya ALLAH..
Labels: Diary, Meja Pengarang
Posted by Afham Abdul Rahman at 12:05 AM 0 comments Links to this post

