Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Panduan Internet Marketing

Sebelum bergerak keluar dari Ipoh kira-kira petang ini, sempat lagi Afham mengukir sesuatu untuk dikongsi bersama. Semalam Afham ditemani Naim Asblogger sempat berkunjung rumah pertama kami walaupun 1 Syawal belum tiba. Namun kedatangan ini amat manis kerana berkemungkinan Afham tidak dapat berjumpa dengan Afzai selepas ini kerana Afzai akan bertolak ke Terengganu malam ini. Rumah Tertutup Hari Raya Afzai Afandi Tempat lepak: Rumah Afzai Afandi, Bandar Baru Tambun Masa lepak: 12 tengah malam sehingga 4 pagi Tarikh lepak: 29 Sept 2008 Menu hidangan: Cup Cake Nr- Yummie design theme Hari Raya dan kuih tempeyek. Topik perbincangan: 1) Pengalaman hidup masing-masing 2) Cara mendapatkan duit melalui blog, laman web dan forum. 3) Ebook-ebook yang dirasakan sesuai untuk dilancarkan. 4) Projek offline bersama bakal Jutawan p/s: Sesiapa yang ingin turut serta dialu-alukan. Sekian, Terima Kasih.

Mohon maaf pada 1 Syawal

Bila kedatangan Syawal, pastinya ramai yang saling memohon maaf antara satu dengan lain. Ada insan yang masih mengutus surat dan kiriman kad raya untuk mengutus salam maaf zahir dan batin. Kiriman kad raya tidaklah begitu popular di zaman cyber mungkin memerlukan kos yang tinggi. Kad RM 1.00 manakala Setem RM0.30 Jadi total RM 1.30. Bagi golongan yang mempunyai handphone tidak kira samaada murah atau mahal, penggunaan perkidmatan sistem pesanan ringkas iaitu SMS sudah sinonim dan begitu popular pada masa sekarang. Sehingga Maxis, Celcom dan Digi tidak dapat menghasilkan perkhidmatan terbaik di malam raya. Satu mata ganjaran Maxis sudah cukup untuk memohon maaf kepada rakan-rakan ataupun sanak saudara. Bagi penggemar internet, kemudahan ekad yang mempunyai corak berwarna warni turut menjadi pengganti kad raya pada masa kini. Percuma Mudah Rigkas. Hanya perlu copy paste coding tertentu dan hantar kepada sesiapa menerusi email. Persoalan yang timbul. Afham terfikir sebentar tadi. Mengapa

3 days to leave Ramadhan

I get this SMS from my friend, :) Sempena Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi, Marilah kita sama-sama, setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update pahala dan topup ilmu agar, boleh redeem pahala.

Duit Raya dari En_me

Imej
Duit Raya dari En_me - Memang Lumayan Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Sekembalinya Afham di Ipoh dari Kuala Lumpur memang amat dinantikan. Cuti Hari Raya. Pastinya ramai yang akan bergegas pulang ke kampung. Afham turut mengambil peluang yang ada untuk ke kampung halaman. Setibanya di dalam rumah. Mama bertanya. Cek apa yang kamu dapat, Afham?. Afham kelihatan konfius seketika dan membelek Pos Ekspress yang diberikan oleh Mama. Rupa-rupanya itu kad hari raya dan BSN Cenderahati Premium sebanyak RM20.00 dari En_me - Blog Memang Lumayan Terima Kasih kepada en_me kerana bermurah hati memberi duit raya kepada mereka yang bertuah. Semoga Tuhan panjangkan umur dan murahkan rezeki beliau. InsyaALLAH.

Anak Bulan PAS hampir tiba

Imej
Gambar Hiasan - Ilmu falak perlu didalami untuk melihat anak bulan. Tidak sampai seminggu umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari gemilang mereka. Oleh yang demikian apa persiapan anda selaku umat Islam. Adakah anda sudah membeli baju melayu dan baju kurung. Golongan ibu sudah pasti sibuk menyiapkan langsir-langsir. Golongan bapa sibuk pula mengecat dinding rumah. Perkara biasa di dalam menyambut kedatangan Syawal. Hari Kejayaan. Bagaimana pula tuntutan rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat. Sudah laksana atau masih dalam niat untuk membayar. Sekiranya mahu bandingkan dengan 1 meter kain. Lagi mahal rasanya kain tersebut. Berapa sangat nilai wang yang kita ada untuk dizakatkan kepada golongan yang memerlukan. Tidak luak rasa setakat jumlah RM5.20 sekiranya anda berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur macam Afham. Namun, ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa lewatkan membayar lebih afhdal. Memang Ya. Namun jangan pastikan yang anda terlupa ataupun terlewat un

Elaine Teoh - my coach

Imej
Elaine Teoh (kiri) dan Che Chew Chan kini menjalani latihan intensif sebagai persiapan menghadapi Sukan Universiti ASEAN pada Disember ini. - Utusan Good luck Elaine. I am proud to be your trainee. Thanks you Master.

Selamat Hari Raya 1429H

Imej
Assalamualaikum, E Kad ini khas buat rakan-rakan blogger yang beragama Islam yang akan merayakan hari gemilang buat umat Islam. Segala salah dan silap didahului dengan jutaaan maaf zahir dan batin. Semoga raya pada kali memberi satu kemanisan di dalam hidup kita. InsyaALLAH.

Hukum merokok adalah HARAM

Imej
Nafas Baru - Bermula Ramadhan. Sedang Afham berjalan jalan melihat alam ciptaan tuhan. Terserempak satu poster yang agak cantik. Dan makna ayat di dalamnya membuat Afham terpaku berfikir mengenai isi makna tersebut. Poster Kempen Anti Rokok oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Mungkin ramai para-para perokok tidak sedar mengenai hukum merokok sebenarnya. Ada sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya adalah makruh dan ada juga yang mengatakan haram. Memang Afham akui memang sukar untuk berhenti merokok secara mengejut. Rata - rata memerlukan masa yang lama kerana perbuatan ini menjadi tabiat harian. Setelah membaca beberapa artikel dibawah. Rata-rata memutuskan bahawa rokok adalah HARAM di sini Islam. Marilah kita sama-sama berubah kepada amalan hidup sihat. InsyaALLAH. Artikel yang menjadi rujukan: Fatwa semasa. - Harakah Daily Hukum Merokok - Halal Guide Merokok, Makruh atau Haram - Wordpress Blog Merokok Dosa Kecil - Zaharudin dot Net

Keluarkan Senjata Anda

Guru, keluarkan ilmumu Polis, keluarkan kejujuranmu Hakim, keluarkan keadilanmu Jurutera, keluarkan kreativitimu Tentera, keluarkan perlindunganmu Pemerintah, keluarkan penataanmu Doktor, keluarkan pengorbananmu Ibu, keluarkan kasih sayang. Sajak dipetik dari Rahsia Sukses Membangun.

Blog Paling Best - Award

Imej
Terima Kasih diucapkan buat si gadis Ainsya kerana sudi memberi Award pertama dalam sejarah Afham memblogging iaitu "Blog paling best" kepada Blog Afham. Peraturannya :- 1. Bagi just kat orang yang ase GILA-GILA / BEST. 2. Bagi kat 4 orang sahaja. 3. Link orang yang terima award ni 4. Sesiapa dapat Award ni DiWAJIBkan buat POSTING sebab dia dapat award ni kat blog dia 5. Beritahu orang yang dapat award ini kt blog dia ok !! Chot Megat Afzai Afandi Gmurali

Bangga tidak berpuasa

Imej
Halang anak-anak yang tidak berpuasa untuk berbuka bersama sebagai proses pembelajaran untuk hormat orang berpuasa. Cadangan Afham. Anda? Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini terdetik untuk berkongsi pengalaman yang sukar Afham terima oleh logik akal. Tidak sesuai dengan umur. Bukan di sini membuat hubungan seks atau perbuatan terkutuk. Memanglah remeh pada pandangan biasa. Tetapi bagi Afham kegiatan ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Apa yang pak cik ini dilakukan. Kegiatan berpuasa tidak menghalang Afham untuk membuat perkiraan stok. Apa yang sedih di sana ada seorang staf di situ bangga menyatakan beliau tidak berpuasa. Kalau ya pun beliau tidak berpuasa sekurang-kurangnya hormat kepada orang yang sedang menjalankan amanat tuhan yang maha Esa. "Aku tidak puasa" dengan nada bangga sambil menyalakan rokok Surya Hitam. Telinga Afham panas mendengar ayat ini. Inilah manusia yang tidak syukur dengan nikmat hidup. Minta maaf. Memang patut Afham berkata sedemikian.

Selamat Hari Malaysia - 16 September

Imej
Bila tarikh penubuhan Malaysia? 31 Ogos atau 16 Sept. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Esok 16 September 2008 merupakan hari yang bersejarah buat penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak kerana tertubuhnya negara Malaysia pada 16 September 1963. Di sini merupakan penerangan sejarah penubuhan negara yang kita cintai ini menjadi bukti sejarah Malaysia sebenar. Sehingga saat ini, tsunami politik masih membelenggu pemikiran rakyat Malaysia. Namun begitu, PM Malaysia (Pak Lah) tetap menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia pada ketika ini dalam keadaan stabil. Isu ISA yang digunakan di Malaysia melihat perhatian samaada media tempatan mahupun media luar negara. Tindakan ini adakah memalukan negara kita. Sebagai umat Islam kita perlu mengisi ilmu di dada dengan ilmu agama berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. Sekiranya timbul isu-isu yang mendatangkan sensiviti umat Islam. Kita hendaklah lawan dengan hujah-hujah di dalam menegakkan kebenaran. Kata Dr Asri lagi, "Islam bukan

Own URL domain in blogspot hosting

Imej
Salam sejahtera buat semua pembaca, pada kali Afham akan memcurahkan sedikit ilmu kepada kalian walaupun Afham bukanlah mahir dalam menulis artikel sebegini. Namun disebabkan permintaan yang tinggi mendesak Afham untuk menulisnya. Langkah pertama anda hendaklah mempunyai domain anda sendiri. Bagaimana untuk mendapatkannya di merata tempat namun Afham memilih MercuMaya do Net untuk mendapatkannya. Harga domain di sini berharga RM 30 . Domain Murah!! Klik Sini. Langkah kedua. Seting rekod CNAME . Disebabkan di MercuMaya t idak menyediakan ruang untuk CNAME. Namun ia tidak menjadi masalah kerana Afham akan tunjuk bagaimana untuk melakukannya. CNAME itu berfungsi untuk meletakkan www atau blog atau apa sahaja di hadapan domain anda. Contohnya, www.afhamrahman.com, blog.afhamrahman.com. Langkah ketiga. Daftar di EveryDNS.net Disebabkan mercumaya tiada fungsi untuk manage domain, servis luar digunakan. Daftar secara percuma di EveryDNS.net . Setting yang perlu anda lakukan ialah sep

Makan ketika Waktu Imsak

Imej
Kurma: Manisan membuka selera ketika berbuka puasa. Hari ini sudah seminggu kita berpuasa, namun sebagai manusia yang lemah. Afham masih lagi gagal untuk mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah. Hari ini Afham bangun sahur seperti hari-hari yang lain. Namun ketika 5.40 pagi terdapat pencanggahan tentang makan ketika waktu imsak. Ada hamba ALLAH yang menegurku untuk berhenti makan dan minum. Afham tertanya-tanya pakah mereka tidak mempelajari ilmu ini. Disebabkan kekurangan ilmu, Afham tidak mampu untuk meletakkan hukum ketika pertengkaran tersebut dan hanya berdiam diri. Selepas solat Subuh, Afham mula mengkaji Apakah maksud sebenar waktu imsak? Sahkah puasa seseorang itu sekiranya dia makan dan minum selepas waktu imsak dan berhenti sebelum azan subuh?. Jawapan: Waktui imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh). Sah puasa bagi orang makan dan minum dalam wa

Berbudi Bahasa Tidak Berdosa

Salam sejahtera, tergerak dihati Afham untuk berbicara kisah semalam yang masih terngiang-ngiang di dalam memori membranku. Pada 5 Ramadhan, Afham ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebagai persediaan awal untuk bekerja nanti. Di sini inginku ungkapkan jenis layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan klinik. Apakah susah sangat untuk mengamalkan mesra pengalaman di dalam majikan mahupun disesebuah organisasi. Inilah yang timbul semasa sesi percakapan di meja pembantu perubatan. Afham mula tertanya mengapakah manusia ini berlagak sesama manusia. Entahlah. Afham tenang menghadapi semua ini dan membiarkan dia bising ke telingaku dan lantasku beredar dengan muka tidak bersalah. Kehangatan kembali reda apabila berjumpa Doktor (non Muslim) yang melayanku dengan sopan santun. Sanggup berlawak lucah denganku. Aku mengiyakan tanpa berkata-kata cukup sekadar memberi senyum sinis terhadapnya. Muscle Joints antara lengan dengan bahu telah sebulan ku fikirnya cuma minor injury. Namun s

10 cara meraikan Ramadan

Allah berfirman: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah; 183) RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan. Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus). Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak. 1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (Riwayat Bukhari). 2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail) . Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah
selamat berbuka puasa kepada yang beragama Islam..

Google Chrome

Today I like to share one software to all of u. That is a browser from Google Chrome. To download the software. Click Here . The download take a several minutes. Be patient first to make fully of satisfaction. Thanks all.

Pengorbanan Nabi Muhammad SAW

Sedar tidak sedar sekarang sudah masuk empat hari kita menjalani ibadah puasa. Ini bermakna kita hanya mempunyai 26 hari untuk untuk meneruskan seruan Ilahi yang menwajibkan ke atas kita ( insan yang mampu )untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Sekadar untuk menasihati ana sendiri insan yang lemah ini. Afham mulai hairan seketika kenapa begitu mudah untuk ke masjid pada bulan ini apabila berbanding dengan bulan yang lain. Adakah dikatakan syaitan diikat oleh ALLAH SWT untuk mengganggu manusia meneruskan ibadah. Adakah sikap malas yang selama ini sebati dalam diri. Begitulah istimewa bulan Ramadhan sehinggakan ketika waktu Afham menulis artikel ini, hujan membasahi bumi. Setiap hari hujan. Alhamdulillah. Sejuk kembali ciptaan tuhan ini. Hari ini Afham meneruskan tugas seharian dengan tugasan-tugasan tambahan yang diberikan oleh orang atasan. Baru tugas sedikit sudah mengeluh!! Lantas dengan itu, Afham mula berfikir sejenak bagaimana Rasullulah SAW ketika dahulunya sanggup mengikat perut u

Seoul Bulgogi - Seafood Restaurant

Imej
Tatkala tiba menjelang Ramadhan, Afham bersama rakan-rakan yang lain meluangkan masa makan tengahari terakhir bulan Ogos di Seoul Bulgogi , Stesen LRT Kerinchi. Kenapa tempat ini menjadi pilihan kami kerana pelbagai hidangan disediakan dan harganya amat berpatutan. Jumlah orang 2: Afham dengan Soulkrasty Total makan: 5 pinggan bahan mentah ; ikan patin, ayam, daging, sotong. Desert: Salad Air: Sirap suam Harga: RM 64.64

1 Ramadhan 1429H

Assalammualaikum warahmatullah..Sempena ketibaan bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan pengampunan, saya memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kejahatan, kesilapan, kebodohan dan ketidakadilan sekiranya pernah saya lakukan kpd kamu, secara sengaja atau tidak. Secara terang atau tidak, dan dgn fikiran yg waras mahupun dgn amarah dan bisikan iblis laknatullah. Saya juga dgn penuh rasa kasih, kasih kpd saudara seagama, mengakui memaafkan segala dosa, dan kesilapan sekiranya pernah kamu lakukan kpd saya, secara terang mahupun sebaliknya. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa takut kpd Allah, takut kpd azabNya, dan takut kpd Neraka jahannam. Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dgn pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Amiin. Assalammualaikum